Filem Anak Rimau The Movie akan ditayangkan serentak di 68 buah pawagam mulai 1 September 2022 ini.


MENERUSI filem Mat Kilau - Kebangkitan Melayu, Beto Kusyairy berlakon sebagai pahlawan Wahid. Kini menerusi filem Anak Rimau The Movie, dia menjadi pahlawan di padang pula, iaitu Coach Zainal, jurulatih sukan bola sepak

Meskipun Beto bukan seorang pemain bola sepak, tapi dia berminat untuk berlakon filem Anak Rimau The Movie terbitan Keeklr Films Sdn. Bhd., kerana tertarik dengan skripnya.

Filem arahan Areel Abu Bakar itu menampilkan Beto dengan barisan pelakon baharu yang juga pemain bola sepak muda kategori Bawah 14 tahun (B-14) dari Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD).


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan filem-filem


“Saya melakonkan watak jurulatih sukan bola sepak, iaitu Coach Zainal. Ya benar, saya bukan pemain bola sepak, tetapi memang minat sukan bola sepak dan ada pasukan yang diminati.

“Saya juga bukanlah kaki bangku kerana saya sering bermain bola sepak untuk mengeluarkan peluh,” katanya.

Namun, kata Beto, dia juga ada pengalaman dalam bidang sukan lain seperti silat olahraga

“Sebenarnya, saya hampir mewakili pertandingan Silat Olahraga peringkat remaja Selangor pada zaman sekolah dulu.

“Justeru, memang tidak asing komitmen tinggi dan disiplin sebagai ahli sukan, sekali gus saya praktikkan dalam filem ini,” kata Beto.


Coach Zainal adalah watak yang dibawa oleh Beto Kusyairy dalam filem Anak Rimau The Movie.


Ditanya cabaran watak, katanya, dia bertuah dapat menimba pengalaman bersama pemain bola sepak muda dari AMD yang turut membintangi filem tersebut.

“Mereka mendapat bimbingan dan bengkel lakonan daripada guru lakonan terkenal, Fatimah Abu Bakar. Selain guru lakonan, kami juga dibantu oleh jurulatih bola sepak dari AMD, Osmera Omaro yang juga penasihat dalam filem.

“Justeru, saya tiada masalah untuk mendapat keserasian dengan barisan pelakon muda dari AMD kerana mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan dari segi dialog, penghayatan watak, lakonan dan sebagainya di lokasi penggambaran,” kata Beto lagi.


Berlakon dengan pemain-pemain bola sepak dari Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari, pengalaman indah buat Beto.


Selain Beto, filem menelan belanja RM5.5 juta turut mengetengahkan bakat baharu, Idan Aedan dan dua pemain bola sepak kategori B-14 dari AMD iaitu Ahmad Daniel Hakimi Ahmad Azmil @ Kechikimi dan Hanz Daniel Skelchy.

Turut membintangi, Azhan Rani, Adam Corrie, Taiyuddin Bakar, Mustakim Bahadon, Megat Sharizal dan barisan pemain bola sepak AMD iaitu Izz Qhuzaidie Mazni Alif Aiman Mohamad, Amil Haikal Rozmi, Nazwan Abdullah, Nur Qayyum Irfan Jamil, Airiel Zafran Mohd Azrul, Al Kausal Jarah, Shahmeer Rusli dan Adam Shauki Asmady.

Tidak ketinggalan, penampilan anak saudara Sultan Pahang, iaitu Wan Omar Daanyal Wan Ahmad Muadzam.


Filem Anak Rimau The Movie menelan kos sebanyak RM5.5 juta untuk pembikinan. 


ilem Anak Rimau The Movie yang sepatutnya ditayangkan pada 2020, namun ditangguhkan berikutan penularan pandemik Covid-19, mendapat sokongan Cyberlynx International College selaku penaja utama, manakala Al-Ikhsan Sports pula sebagai penaja pakaian sukan rasmi.

Anak Rimau The Movie akan ditayangkan serentak di 68 pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam pada 1 September 2022 ini.

Filem Anak Rimau The Movie dihasilkan menerusi usaha sama dengan Majlis Sukan Negara (MSN), Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan AMD dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Pada masa sama, Beto berkata, dia tidak berasa risau filem Anak Rimau The Movie bertembung dengan filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa lakonan Adi Putra di pawagam. 

“Sebagai pelakon kita perlu meraikan kepelbagaian genre dalam industri. Dari segi genre sudah berbeza, filem Anak Rimau The Movie bergenre sukan, manakala Air Force Movie Selagi Bernyawa pula bergenre aksi,” katanya. - KitaReporters


Bola sepak antara sukan yang menarik perhatian ramai dan mampu menyatukan rakyat.


10
15
0
11
0

Copy Link: