Anugerah Khas Juri Ikon CikgooTube Kinabalu 2021 yang diraih Cikgu Tarmizi menyuntik semangatnya untuk menghasilkan bahan Subjek BI berkualiti untuk dimanfaatkan dalam PdP, PdPc dan PdPR.


ANUGERAH Khas Juri Ikon CikgooTube Kinabalu 2021 yang diraih oleh Cikgu Mohamad Tarmizi Mohamad menjadi pendorong kepada beliau untuk menghasilkan lebih banyak bahan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) serta Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pandemik Covid-19 sekarang ini.

Penilaian yang dibuat oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan mendapat sokongan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk guru Bahasa Inggeris (BI) dari Sekolah Kebangsaan Ulu Muanad, Beluran, Sabah itu menghantar bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam talian untuk dinilaikan oleh barisan juri anugerah berkenaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan cikgu


Cikgu Mohamad Tarmizi, berkata dia terkejut apabila dimaklumkan oleh PPD bahawa beliau terpilih antara calon untuk meraih anugerah berkenaan yang diumumkan pada hujung Mei 2021 lalu, sekali gus mendorongnya bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti bahan PdP.

Menurutnya, pada peringkat awal beliau teragak-agak untuk menghantar penyertaan bagi anugerah itu bagaimanapun selepas mendapat galakan daripada seorang pegawai di PPD Beluran dia mengambil keputusan menyertai pertandingan berkenaan.

“Saya berasa amat terharu sebagai wakil tunggal dari PPD Beluran apabila penat lelah berjaga malam bagi menghasilkan bahan PdP, PdPc dan PdPR bagi membantu guru serta murid di seluruh negara meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pembelajaran dalam Subjek BI akhirnya mendapat pengiktirafan,” katanya yang berasal dari utara tanah air dan sudah 10 tahun mengajar di pedalaman Sabah.


Cikgu Tarmizi ketika bersiaran menerusi Channel YouTube Sir Mizie dengan murid dari seluruh negara.


Cikgu Mohamad Tarmizi yang merupakan lulusan kumpulan pertama Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP), berkata selepas negara dilanda pandemik Covid-19 lebih setahun lalu dia mengambil inisiatif mewujudkan Channel YouTube Sir Mizie sebagai inovasi pengajaran subjek BI.

Menurutnya, saluran YouTube itu memberi banyak manfaat kepada murid daripada pelbagai latar belakang pendidikan untuk mempelajari subjek BI dengan mudah dan berkesan sementara secara tidak langsung membantu guru dalam melaksanakan PdP, PdPc dan PdPR.

Beliau berkata, saluran itu kini mengandungi 24 video pembelajaran yang dicipta khas bagi membantu murid dan guru supaya dapat meneruskan pembelajaran subjek BI walaupun berada dalam situasi PKP dan ‘lockdown’ pandemik Covid-19 sekarang.



Katanya, pembikinan bagi satu video pembelajaran itu mengambil masa antara dua dan tiga hari yang biasa dilakukan pada lewat malam hingga awal pagi serta membabitkan banyak proses seperti ‘draf’, ‘storyboard’, ‘editing content dan animation’, ‘double check’ serta memasukkan suara sebelum dimuat naik ke Channel YouTube Sir Mizie.

“Kemudian link itu dikongsikan dalam group WhatsApp sekolah, Facebook dan Telegram warga pendidik seluruh negara bagi dimanfaatkan dalam proses PdP,  PdPc dan PdPR yang secara tidak langsung memastikan proses pembelajaran berterusan dalam pandemik Covid-19 walaupun saya berada jauh di pedalaman Sabah.

“Saya berasa gembira apabila ramai ibu bapa melahirkan rasa berpuas hati dengan inovasi ini kerana banyak membantu mereka dalam memantau pembelajaran anak di rumah, manakala guru menganggapnya amat inovatif dalam memudahkan tugas mengajar,” katanya. - KitaReporters


38
2
0
0
0

Copy Link: