Tangkap layar daripada video tular berhubung sekumpulan individu sertai perarakan mengusung mayat di Pulau Pinang.


POLIS membuka kertas siasatan berhubung satu video berdurasi 56 saat yang tular dalam media sosial memaparkan sekumpulan individu menyertai perarakan mengusung mayat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata kejadian tersebut dipercayai berlaku pada 17 Jun 2021 lalu namun baru tular dalam aplikasi TikTok serta Facebook dan polis mengesan sekumpulan individu itu selepas terima laporan.

“Berdasarkan video itu, didapati sekumpulan lelaki berjalan secara berkumpulan serta menari dalam perarakan mayat di Jalan Siram, Butterworth dan dipercayai telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Sekatan Pergerakan Penuh  (SPP) dilaksanakan.

“Mereka terdiri daripada 15 hingga 20 lelaki berusia lingkungan sekitar 20 hingga 30-an. Polis telah kenal pasti mereka, usaha mengesan sedang dijalankan dan butiran mayat juga diperolehi.

"Siasatan awal mendapati mayat itu dibawa dari Teluk Air Tawar ke tempat pembakaran di Jalan Siram menaiki kenderaan khas. Kira-kira  50 meter hendak sampai, mereka bertindak bawa mayat sambil berarak,” katanya yang dipetik laporan Sinar Harian, 20 Jun 2021.

Tambah beliau, polis meminta semua yang terlibat tampil membantu siasatan dan pihaknya juga akan memanggil pengurusan pengebumian untuk dirakam keterangan.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 9 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


2
3
4
12
13

Copy Link: