Mesin basuh dan peti sejuk sedang dibaiki oleh beberapa pekerja.


Staf Cz Radius Team sedang membaiki peti sejuk yang rosak akibat banjir lumpur.


LEBIH 300 buah peti sejuk, mesin basuh telah dibaiki Badan Bukan Kerajaan (NGO), Murtadha Dakwah Center yang berkampung di Yan sejak fenomena kepala air di kawasan air terjun berhampiran Gunung Jerai, Kedah pada 18 Ogos 2021 lalu.

Pengurus Murtadha Dakwah Center, Ustaz Mohammad Yaakub Yusra berkata, pasukannya bersama Ustaz Tido (Ustaz Khailil Razak) dengan kerjasama alumni Giatmara, Azizan Murad yang mengusahakan bengkel baiki peralatan elektrik telah mengambil pendekatan untuk membantu penduduk kawasan itu yang mengalami kerosakan peralatan elektrik terutama peti sejuk dan mesin basuh.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kepala air

Azizan Murad (tengah) bersama Ustaz Mohammad Yaakub Yusra (kanan sekali) sedang melihat perkakasan peti sejuk yang perlu diganti akibat kerosakan banjir lumpur.


Pengurus Murtadha Dakwah Center, Ustaz Mohammad Yaakub Yusra.


"Pihak Murtadha Dakwah Centre telah memaklumkan kepada penduduk di situ (Yan) yang ingin membaiki peti sejuk dan mesin basuh boleh menghubungi pihaknya untuk urusan pengangkutan dan proses pembaikan," katanya ketika dihubungi.

Beliau menambah ‘tsunami’ kecil ini bukanlah ujian untuk penduduk Yan sahaja malah dengan ujian itu seolah-olah memberi isyarat kepada rakyat Malaysia untuk sama-sama membantu mereka yang ditimpa bencana.


Peti sejuk yang rosak akibat banjir lumpur di bawa ke bengkel untuk dibaiki.


Operasi membaiki peti sejuk yang rosak dikendalikan oleh salah seorang staf.


Katanya, tragedi Ogos itu telah mengumpul seluruh NGO untuk bersama-sama membantu lebih 800 keluarga yang tinggal di situ.

Sukarelawan yang berkampung di situ pula rata-rata bekerjasama untuk membersihkan lumpur di kawasan sekolah, rumah dan persekitarannya sambil menyumbang barang-barang keperluan harian, pakaian dan wang.

Moga semangat kerjasama dan bantuan seperti ini dapat meringankan penduduk setempat bak kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Sementara itu, Azizan yang dihubungi berkata mereka menyediakan perkhidmatan membaiki peti sejuk dan mesin basuh, manakala Ustaz Mohammad Yaakub Yusra pula membayar kos pembaikannya. - KitaReporters



Banjir lumpur juga merosakkan kawasan persekolahan.

10
12
0
15
0

Copy Link: