Video| Tragedi kubah masjid runtuh! Ketika jemaah hendak tunai solat tarawih! 12 orang tercedera!

Published by
KitaReporters


Ketika ratusan jemaah termasuk kanak-kanak sedang bersiap-siap untuk menunaikan solat tarawih, suasana menjadi panik apabila sebahagian kubah masjid sebuah masjid Sulawesi Selatan, Indonesia runtuh tanpa kejadian ribut.

Kubah Masjid Ittifaqul Jamaah yang berada di Jalan Barukang, Kecamatan Ujung Tanah, Kota Makassar pada malam hari Ahad, 26 Mac 2023 itu sempat dirakam oleh video termasuk facebook Sri Nuradiyah dan cepat tersebar dalam media sosial di Indonesia. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan masjid-masjid

Keadaan masjid setelah berlaku runtuhan kubah. - Kredit foto: Tribune Sulsel.


Keadaan di Masjid Ittaqul setelah berlaku runtuhan pada salah satu kubah


Menurut salah seorang Ahli Jawatankuasa masjid yang dikenai sebagai Ardi, kejadian terjadi selepas solat Isyak dan hadirin sedang mendengar ceramah agama yang disampaioleh Ustaz Qadri sebelum solat tarawih dijalankan.

Tiba-tiba kubah bahagian tengah runtuh dan menimpa sebahagian jemaah. 


Jemaah bergegas keluar daripada masjid. - Kredit foto: Liputan 6


Suasana menjadi panik dan jemaah berebut-rebut keluar dari masjid menyebabkan solat tarawih berjemaah di masjid itu dibatalkan. 

Sekurang-kurangnya 12 orang termasuk kanak-kanak cedera termasuk pada bahagian kepala apabila kubah bahagian tengah masjid yang dibina pada 1993 itu runtuh. 

Mangsa yang cedera telah dihantar untuk dirawat di hospital tentera, pusat kesihatan masyarakat Pattingalloang dan Hospital Akademis Jaury.


Antara yang cedera diberi bantuan segera


Datuk Bandar Makassar, Danny Pomantoa melawat mangsa dan mengarahkan semua pihak berkuasa yang berkaitan memberi sokongan kepada mangsa yang cedera. Dan masjid berkenaan diarah tutup buat sementara.

Sementara itu  menurut ketua polis Pelabuhan Makassar, Yudi Prianto siasatan sedang dijalankan dengan kerjasama jabatan kerja awam bandar untuk mengenal pasti punca kejadian. - KitaReporters


14
15
0
13
0

Copy Link: