Freshable, perkhidmatan penghantaran kit makanan sedia masak yang berinovasi, menjalin kerjasama dengan The Hope Branch, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang komited ke arah kebajikan sosial, untuk mengedarkan makanan segar dan berkhasiat di Pusat Tansit Gelandangan Kuala Lumpur di Medan Tuanku.

Sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap tanggungjawab korporat (CR) dan mewujudkan impak positif dalam komuniti Malaysia Madani, Freshable berganding bahu dengan The Hope Branch bagi menyediakan 150 bungkusan makanan segar dan berkhasiat untuk komuniti kurang berkemampuan. 

Sebagai sebuah perniagaan yang beroperasi dalam sektor makanan dan minuman, Freshable mengiktiraf kesusahan yang dialami mereka yang kurang bernasib baik dan dirundung ketidakjaminan makanan. 

Didorong oleh rasa belas kasihan yang sangat mendalam, syarikat itu berusaha untuk memberi impak positif terhadap kehidupan golongan kurang bernasib baik dalam komuniti tempatan mereka dengan membuat sumbangan makanan.

Selaras dengan wawasan Freshable untuk mrnyokong Malaysia Madani dan membina Malaysia yang lebih sihat, setiap bungkusan makanan yang disumbangkan oleh syarikat itu mengandungi hidangan yang seimbang dengan karbohidrat, protein, dan serat. 

Ini memastikan bahawa penerima mendapat makanan berkhasiat yang menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan mereka. 



“Kami sangat berbesar hati kerana berpeluang untuk menghulurkan sokongan kepada komuniti kurang berkemampuan di pusat itu. 

"Kami percaya bahawa setiap individu berhak mendapatkan makanan yang panas, enak, dan berkhasiat. Oleh itu, kami telah menjalinkan kerjasama dengan The Hope Branch dalam projek ini. 

"Kami merasa gembira atas kejayaan projek ini dan berharap dapat melaksanakan lebih banyak lagi projek yang dapat memberikan impak positif di masa depan,” kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Freshable, Adeline Tang. 

Acara pada 25 Mei 2023 lalu itu menjadi perhimpunan yang menyentuh perasaan apabila pasukan Freshable yang berdedikasi, bersama-sama dengan sukarelawan The Hope Branch, bekerjasama bagi memastikan proses pengedaran makanan berjalan lancar. 

Dengan penuh keikhlasan dan senyuman, mereka mewujudkan suasana mesra dan penuh dengan rasa kasih, memupuk semangat perpaduan dan kebersamaan semasa acara yang meriah ini. 

Komitmen tidak berbelah bahagi Freshable terhadap tanggungjawab sosial bukan hanya sekadar melibatkan sumbangan makanan. 

Mereka sentiasa mencari peluang untuk melakukan perubahan positif dalam kehidupan golongan kurang bernasib baik, kerana mereka yakin pada kekuatan perubahan yang berasal dari rasa belas kasihan. - KitaReporters/Kenyataan Media


13
10
0
15
0

Copy Link: