Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, arahan berkenaan dikeluarkan apabila sampai ke sekatan jalan di KM89 Jalan Gerik-Kuala Kangsar dan KM9 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli. 


SEBANYAK 35 kenderaan yang dipercayai cuba memasuki negeri-negeri di Pantai Timur tanpa sebab munasabah diarahkan berpatah balik ketika melalui dua sekatan jalan raya (SJR) di sempadan daerah dan negeri di Gerik pada Ahad, 18 Julai 2021.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, daripada jumlah itu, 19 buah kenderaan di arah berpatah balik di SJR Kilometer 89 (KM89) Jalan Gerik-Kuala Kangsar manakala 16 buah kenderaan lagi di Kilometer 9 (KM9) Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran Sungai Lebey. 

“Daripada 35 buah kenderaan diarah berpatah balik itu, 27 buah kenderaan memiliki surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) namun bukan berkaitan sektor perlu iaitu makanan dan bahan api," katanya seperti dipetik oleh Utusan Malaysia pada Isnin, 19 Julai 2021.

Tegas beliau, selaras dengan arahan Ketua Polis Negara berkaitan pergerakan menggunakan surat MITI yang tidak lagi dibenarkan bermula18 Julai hingga Rabu, 21 Julai 2021, ada kenderaan yang diarah berpatah balik sebaik tiba di sekatan jalan berkenaan, kecuali mereka mengemukakan surat MITI yang berkaitan pengangkutan petrol dan makanan.

Mior berkata, jumlah kenderaan di jalan raya ketika ini dilihat berkurangan sebanyak 30 peratus berbanding sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, masih terdapat pergerakan rentas daerah dan negeri membabitkan pasangan jarak jauh (PJJ) dan urusan temu janji penerimaan vaksin. - Kitareporters


PASUKAN polis dengan kerjasama Rela Perak membuat sekatan di beberapa sekatan jalan raya di sempadan daerah dan negeri. - Kredit foto: Rela Gerik

1
0
0
0
0

Copy Link: