SANITASI adalah antara langkah terbaik bagi menjamin persekitaran yang selamat dan bebas dari virus, terutama Covid-19. Semenjak pandemik Covid-19 menyerang negara ini sekitar Februari 2020, proses sanitasi badan dan tempat tinggal menjadi sebuah norma baharu dan tidak asing lagi bagi kita semua.

Justeru syarikat sanitasi telah dikesan tumbuh bak cendawan di seluruh negara bagi memberi perkhidmatan sanitasi kepada mereka yang berkeinginan berbuat demikian.

Antara syarikat yang aktif menawarkan perkhidmatan tersebut adalah MSZ Sepakat Pest Control (KC0020954-X) yang beralamat di Taman Bunga Sena, 06400 Pokok Sena, Kedah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sanitasi 



Syarikat ini diasaskan dan diusahakan sendiri oleh Mohd Shafizol Zainon.

Pada mulanya, Shafizol menceburi bidang perkhidmatan pencegahan makhluk perosak ini dengan sebuah syarikat bernama NLC General Pest Control sebagai Jurutera. Namun selepas 10 tahun 'makan gaji' di Kuala Lumpur, beliau berazam untuk membuktikan bahawa anak Melayu juga mampu untuk berjaya dalam bidang yang tak kurang pentingnya itu.

Justeru Shafizol bertekad untuk berhenti dari bergelar jurutera, dan pulang ke negeri asalnya di Kedah bagi memulakan perniagaannya sendiri.



Berkat pengalaman yang ada selama 10 tahun dan keazaman untuk memastikan bangsa sendiri turut tidak ketinggalan, Shafizol memulakan perkhidmatan ini secara seorang diri dengan hanya menaiki sebuah motosikal. 

Selepas 11 tahun dalam industri, kini Shafizol sudah boleh dianggap berjaya dengan memiliki 14 orang staf, tiga buah van, sebuah kenderaan pelbagai guna (4x4), dua buah kereta sedan dan lebih sepuluh alat nyahkuman dan penyebaran racun serangga yang berkualiti tinggi.



Dalam era norma baharu selepas serangan pandemik Covid-19 ini, Shafizol tidak sekadar menumpukan perhatian kepada pencegahan makhluk perosak, sebaliknya mereka menumpukan kepada proses sanitasi di premis-premis kerajaan dan perniagaan.

Langkah ini diambil bagi memenuhi permintaan terhadap sanitasi premis yang makin meningkat tinggi, disamping untuk terus mengekalkan pengoperasian syarikat dikala mereka yang lain terpaksa 'gulung tikar'.

Menurut Shafizol, perkhidmatannya mementingkan kualiti dan kepuasan pelanggan pada setiap masa. 

Ini terbukti apabila pusat pentadbiran kerajaan Negeri Kedah, Wisma Darul Aman telah memberi kepercayaan kepada Shafizol dan pasukannya untuk melakukan proses sanitasi anti Covid-19.




MSZ Sepakat Pest Control diberi kepercayaan untuk melakukan proses sanitasi di Bangunan Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah.


Semoga lebih ramai usahawan berbangsa Melayu dapat bertahan dalam ekonomi yang tidak menentu disebabkan pandemik Covid-19 ini.

Semangat dan keazaman yang tinggi untuk melihat anak Melayu mampu memberi gaji kepada anak muda yang lain adalah satu usaha murni yang patut dicontohi dari kisah pemilik MSZ Sepakat Pest Control ini. - KitaReporters


MSZ Sepakat Pest Control turut mendapat kepercayaan dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)



Premis-premis sukan di Negeri Kedah turut menerima perkhidmatan sanitasi dari MSZ Sepakat Pest Control

 

4
0
0
0
0

Copy Link: