Beri peluang kepada Arif Aiman barisi XI Harimau Malaya! Permata baharu negara - Peminat bola

Published by
MOpress


Kemasukan beliau pada separuh masa kedua (perlawanan Malaysia melawan Vietnam pada 11 Jun 2021) menjadi tumpuan para peminat di tanah air apabila mempamerkan permainan yang sangat berkualiti sehingga menghidupkan barisan serangan

Tubuh kecil bukan penghalang sebalik pemain sayap negara ini, Arif Aiman Mohd Hanapi membuktikan bahawa beliau memang berhak berada dalam skuad kebangsaan ketika ini. 


Kredit : FB FAM


Meskipun umur baru berusia 19 tahun tetapi boleh dikatakan ketika ini, prestasi beliau lebih baik daripada Sumareh dan Safawi Rashid. 

Menerusi satu video yang dikongsi oleh Amn_Studiomls, memperlihatkan beberapa gerakan menarik dari Arif Aiman. 

Usia masih muda, ini adalah permata baharu negara pada masa depan. Football Association of Malaysia (FAM) tolong jaga sebaik mungkin pemain ini. 



Bagi mereka yang menonton perlawanan Malaysia menentang Vietnam, penulis yakin anda akan setuju bahawa permain ini perlukan minit permainan lebih banyak. 

Come on guys, Arif Aiman ini lagi banyak memberi impak daripada penyerang utama negara yang dikatakan bakal mengegarkan gawang lawan sebalik mengegarkan amarah penonton adalah. 

Penulis berharap, perlawanan terakhir nanti (melawan Thailand pada 15 Jun 2021), tolong bagi minit permainan lebih banyak kepada pemain muda negara ini kerana ia akan membina keyakinan diri selain dapat memperluaskan lagi pengalaman beraksi di pentas antarabangsa. 

Dua perlawanan yang kita lalui, kita boleh melihat ada beberapa pemain yang tidak patut berada dalam skuad utama kebangsaan dan mungkin juga mereka bukan berada pada tahap terbaik ketika ini. 

Jadi pilihlah pemain berdasarkan prestasi bukannya reputasi


Kredit : FB FAM


Bagi penulis, Guilherme De Paula ini dah boleh berada di bangku simpanan. 180 minit, tiada apa yang boleh dibanggakan lagi ketika ini selain menjaringkan gol penalti dan meraihkannya seperti perlawanan akhir untuk angkat piala. 

Bukan sahaja penulis kagum dengan pemainan Arif Aiman ini, penyokong setia Harimau Malaya juga bersetuju untuk beliau bermula sebagai pemain utama nanti







0
0
0
0
0

Copy Link: