Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

Published by
KitaReporters

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila dia terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad, 3 Oktober 2021.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, mangsa wanita berusia 24 tahun itu bagaimanapun berjaya diselamatkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau yang tiba di lokasi kejadian untuk membantu.

Wanita berkenaan difahamkan dimasukkan ke wad Hospital Keningau sejak Sabtu, 2 Oktober namun tidak selesa berada dalam jagaan hospital dan mahu melarikan diri..

Ketua BBP Keningau, Sharudy Delamin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.19 pagi.

 Pasukan bomba yang lengkap memakai pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) kemudiannya menjalankan operasi menyelamat menggunakan tangga untuk membawa mangsa turun," katanya seperti dipetik Berita Harian, Ahad, 3 Oktober 2021.

Beliau berkata, mangsa dibawa turun sebelum diserahkan kepada pihak hospital dan polis untuk tindakan selanjutnya. - KitaReporters


18
13
0
8
0

Copy Link: