DOKTOR PUNCA KEMATIAN PESAKIT COVID-19? IKUTI PENJELASAN DR. AHMAS SAMHAN

Published by
MOpress

Baru-baru ini ada viral di media sosial mengenai dakwaan bahawa Doktor (Dr.) adalah punca utama kes kematian COVID-19 makin meningkat dan Dr. sengaja tidurkan pesakit dengan alasan untuk berikan ubat. Sebab itu kes kematian makin tinggi? Betul ke? 

Subhanallah, bila mana ia telah melibatkan kematian, kita sebagai manusia yang berakal tolonglah memikirkan sama perasaan keluarga mereka. Jangan kerana ingin menjadi penyebar berita terpantas, kita salurkan maklumat yang salah lagi jauh tersasar dari fakta. 

Kini zaman maklumat hujung jari, boleh cari maklumat lebih tepat atau jika malas mencari usahlah kita membantu menyebarkan maklumat yang tidak benar. 


kredit : FB PENANG KINI 


Jom ikuti penjelaskan lebih detail kenapa Dr. perlu tidurkan pesakit. 

Menurut Dr. Ahmad Samhan, mereka yang terlibat ini adalah pesakit yang berada di tahap ke 4 dan 5 sahaja kerana mereka ini memerlukan bantu alat penafasan untuk meneruskan kehidupan. 

Dr. akan melihat kondisi pesakit terlebih dahulu dan bukan kesemua pesakit COVID-19 itu akan ditidurkan untuk beri bantuan penafasan (intubate). 

Mereka yang dilihat semakin tidak boleh bernafas dengan baik dan oksigen juga makin berkurang, maka ketika inilah Dr. akan cuba membantu pesakit dengan cara memasukan tiub penafasan dalam tekak. 


Kredit FB KKM  


Kenapa perlu beri ubat tidur kepada pesakit COVID-19? 

Tuan-tuan dan puan-puan, jika kita ingin masukan sesuatu alat keanggota tubuh badan kita dalam keadaan sedar apakah kita mampu bertahan? Dr. akan masukan tiub dalam tekak. Sanggup ke dibuat tanpa diberikan ubat tidur? 

Jika keadaan semakin baik, pesakit sudah boleh pernafas tanpa alat bantuan, maka Dr. akan cabut tiub penafasan itu kembali. 


Kredit FB KKM  


 

Kenapa perlu  video call (VC) bersama keluarga jika ia boleh sembuh? 

Mencegah itu lebih baik dari merawat. Dr. akan sedaya upaya iktiar sebaik mungkin untuk menyelamatkan nyawa setiap pesakit. Kita sebagai manusia cuma boleh iktiar tetapi ada yang lebih berkuasa dari manusia, iaitu TUHAN. 

Dr. beri pesakit untuk buat panggilan ini mungkin akan jadi panggilan terakhir buat pesakit untuk bercakap dengan ahli keluarga kerana apabila pesakit ditidurkan, jika oksigen gagal berfungsi dengan baik, ia sangat bahaya bagi pesakit kerana mungkin itu peluang terakhir mereka lihat keluarga mereka. 

Bayangkan perasaan keluarga terutama Dr. yang ada ketika itu, betapa sedihnya keadaan ketika itu. Air mata tidak mampu lagi bertahan namun Dr. perlu kuatkan semangat agar pesakit juga akan dapat semangat moral. 


Kredit FB KKM   


0
0
0
0
0

Copy Link: