TABIK TUAN!!! SANGGUP BERKORBAN UNTUK KAMI

Published by
KitaReporters
JIKA sebelum ini kita hanya mendengar pasukan doktor dan jururawat yang berdepan dengan pesakit terpaksa mengelakkan diri daripada menghampiri keluarga selepas tamat kerja bagi memastikan keselamatan. Kini anggota pasukan polis dan tentera pula tidak terlepas apabila terlibat sama dalam menjaga keselamatan negara berikutan keputusan kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan. : KitaReporters

SANGGUP mendirikan khemah kecil di luar rumah semata-mata memastikan ahli keluarga tidak terdedah dengan risiko COVID-19. - Kredit foto: China Press.


Terbaru seorang tentera mengambil inisiatif sendiri dengan mendirikan sebuah khemah kecil di luar rumah sebagai langkah untuk mengurangkan risiko penyebaran virus terhadap keluarganya sekiranya dia dijangkiti penyakit Koronavirus-2019 atau COVID-19 ketika bertugas.

Memetik laporan China Press, anggota tentera berkenaan akan pulang ke rumah setiap malam namun tidak akan memasuki ke rumah.

Sebaliknya, dia mendirikan sebuah khemah kecil untuk dijadikan tempat untuk melelapkan mata.

Hebatnya Tuan!

Dahlah menjaga keselamatan negara sanggup lagi berkorban untuk keluarga sendiri.

Anggota berkenaan akan melakukan segalanya di luar rumahnya termasuklah mandi dan tidur di dalam khemah demi mengurangkan risiko keluarganya terkena jangkitan virus.

Semoga pengorbanan yang dilakukan itu dibalas dengan pahala dan kebaikan.

Orang awam pula berhentilah mementingkan diri sendiri dan duduk di rumah bersama keluarga sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, yang dijadualkan akan berakhir pada 31 Mac 2020. - KitaReporter.Com

Kredit foto: https://www.chinapress.com.my/?p=1950262

2
19
1
0
0

Copy Link: