AKHIRNYA Kerajaan China bertegas mengarahkan supaya 'pemberontakan' penduduk Hong Kong yang memasuki bulan keenam itu dihentikan segera bagi memulihkan semula bekas tanah jajahan British daripada terus 'terbakar' yang melumpuhkan ekonomi serta kehidupan penduduknya. : KitaReporter.com


Presiden Republik Rakyat China, Xi Jinping memberi kuasa sepenuhnya kepada pihak berkuasa Hong Kong, mengatur pelan tindakan bagi menghentikan keganasan yang sudah memakan 17 mangsa, yang semua membunuh diri dan seorang lagi mangsa terbaharu minggu lalu yang mencurah petrol dan membakar dirinya. Manakala seorang peserta rusuhan juga ditembak oleh polis. 

Xi mahukan polis tidak lagi bertolak ansur dan musuh pencetus keganasan perlu dikenakan hukuman keras. 

Yang penting mengekalkan keharmonian Hong Kong mesti menjadi agenda utama kerana warga Hong Kong terutama anak-anak muda dari pusat pengajian tinggi sudah dilanda sindrom kemaruk 'gila'@ zombie yang menyerang dan merosakkan bandar raya mereka sendiri. 

Lontaran batu-bata, kayu penghadang jalan dan menakut-nakutkan pengunjung luar terutama dari China daripada datang ke pulau yang sedang bergolak itu.


Melihat Hong Kong yang kian ranap dimusnahkan oleh penduduk sendiri tentunya kita tertanya-tanya mengapa mereka terutama dari universiti begitu berani bersatu menentang negara China yang terbesar di dunia yang dihuni oleh 1.47 billion. 

Tambah hairan lagi, 91.51 peratus penduduk Tanah Besar daripada keturunan Han, sama bangsa dengan majoriti penduduk Hong Kong.

"China bertegas menyokong penuh badan pengurusan wilayah Hong Kong, diketuai Ketua Eksekutif, Carrie Lam Cheng Yuet untuk bertindak dengan kuasa yang diberikan. 

"Kami tidak akan berganjak menyokong Polis Hong Kong bertindak keras menguat kuasa undang-undang serta tidak akan tunduk kepada pencetus keganasan," kata Xi seperti dipetik oleh media agensi Xinhua.

Xi  menambah ketegasan itu perlu bagi menjaga dan mempertahankan keselamatan, kemajuan dan intergriti. 


Ini berikutan perusuh itu mula bertindak licik dan ganas antaranya, berhimpun dengan berbaju hitam, menggunakan simbol seperti aliran air - 'Be Water' - ilham daripada legenda kungfu Bruce Lee, lengkap bertopeng yang muncul tiba-tiba di sesuatu lokasi, membuat kacau, merosakkan kemudahan awam dan lesap.

Kempen 'be water' bermaksud jika kami terbakar, anda pun terbakar sama. Perusuh berbaju hitam ini membakar asrama polis dan pejabat kerajaan, menerpa dan menganggu pelancong, penduduk Tanah Besar yang sedang beli-belah dan penduduk Hong Kong.

Walapun polis Hong Kong semakin letih lesu berdepan dengan perusuh ini dan menggelarkan mereka sebagai zombie yang terus mara 'menyerang', usaha tetap diteruskan bagi menghalau kumpulan ini. 

Malah polis juga menggunakan pelbagai pendekatan termasuk 'menembak' perusuh dengan meriam airnya berwarna biru bagi 'menandakan' muka perusuh ini.


Sebenarnya rusuhan ini menggelarkan diri mereka golongan Protes Anti-Extradition Law Amendment Bill (atau Anti-ELAB) 2019 apabila pentadbiran Hong Kong mahu memperkenalkan undang-undang baru, menghantar balik atau ekstradisi penjenayah pelarian ke Tanah Besar atau negara tertentu melalui ELAB 2019. 

Sebelum ini, Hong Kong tidak boleh menghantar balik penjenayah yang berlindung di pulaunya. 

Tujuan utama undang-undang itu mungkin menggelakkan Hong Kong dijadikan pusat pelarian yang akan mencetuskan hubungan diplomatik dengan negara jirannya. 

Sebelum ini, seorang lelaki Taiwan dibebaskan oleh mahkamah Hong Kong selepas membunuh tunangnya yang sarat mengandung dan mencuri wangnya. Lelaki itu dibebaskan kerana dua pulau itu tidak ada perjanjian ekstradisi. 

Bagi orang Hong Kong pula mereka bimbang dengan pelaksanaan undang-undang itu akan menambahkan cengkaman China yang memungkinkan mereka kehilangan hak autonomi sepenuhnya.

Tanda tanya juga timbul sama ada China akan menghantar tentera terutama Tentera Merah untuk mengawal kemarahan penduduk Hong Kong. 

Ini kerana China terikat dengan perjanjian dengan Amerika yang boleh mengenakan sekatan dagangan jika ada pihak mencabuli autonomi Hong Kong.

Perlu diingati Hong Kong adalah pusat kewangan metropolitan global dan sistem kapitalis yang termaju di dunia.

Selepas diserahkan balik kepada China pada 1977 oleh British, China berjanji akan mengekalkan sistem ekonomi sosial yang tak akan berubah selama 50 tahun (2047) dan China juga akan mengekalkan pemerintahan berkonsep satu negara dua sistem. 

Pulau itu diberikan separuh autonomi yang tinggi dan perlahan-lahan autonomi sepenuhnya. Sekarang China hanya mengawal hal-ehwal luar negara dan pertahanan saja.


Hong Kong adalah antara negara yang penduduk paling padat di dunia. Dengan 7 juta penduduknya di tanah seluas 1,054 kilometer persegi, jumlah kepadatan penghuninya adalah 6,700 bagi perkilometer. 

Tak hairan Hong Kong yang dibahagikan kepada tiga wilayah - Pulau Hong Kong, Semenanjung Kowloon dan New Territories - mempunyai bangunan pencakar langit terbanyak di dunia. Inilah macam 'rumah burung' mereka.

Hong Kong menjadi koloni United Kingdom pada 1842 selama 99 tahun dengan setahun lanjutan. 

Hong Kong mempunyai 18 daerah pentadbiran dan 200 pulau, paling besar ialah Pulau Lantau. Ia juga termasuk negara yang teruk mengalami pencemaran udara walaupun dikelilingi teluk, pantai dan tanah rezab yang banyak dibangunkan taman desa. 

Bagaimanapun, di sebalik semua itu, sistem pendidikannya, kedua terbaik di dunia. - KitaReporters / Foto dari CNN.com, CNN.Asia, SkyNews dan South China Mornig Post

0
0
1
1
0

Copy Link: