SEHEBAT mana pun diri kita, ingat jaga adab dan tingkah laku. Jangan biarkan diri kita sama seperti haiwan yang tidak berakal.

Tular sebuah perkongsian dalam Twitter yang mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen daripada sebuah foto yang telah dimuat naik memaparkan dua orang lelaki yang melakukan aksi biadab dan tidak berperikemanusiaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perikemanusiaan


Dilihat daripada foto tersebut, kelihatan dua orang lelaki ini memijak seorang kanak-kanak replika yang duduk di atas lantai.  

Patung kanak-kanak ini menceritakan kisahnya kebuluran. Patung kanak-kanak ini terletak di sebuah muzium di Pulau Pinang

Oleh sebab tindakan mereka yang tidak masuk akal dan kurang ajar itu, mereka menerima kecaman yang sangat teruk daripada netizen kerana melakukan sesuatu perkara yang tidak berperikemanusiaan.



Malah tindakan melampau dua lelaki ini kelihatan tidak mempunyai rasa belas kasihan dan tiada empati langsung semasa melihat replika kanak-kanak ini dengan melakukan aksi menyepaknya.

Pameran muzium yang dikenali sebagai Wonderfood Museum itu dianjurkan dengan tujuan untuk memberi kesedaran tentang isu kanak-kanak menghadapi kebuluran. - KitaReporters


10
13
1
17
0

Copy Link: