SEMOGA ini menjadi pengajaran serta peringatan kepada semua khususnya anak-anak gadis yang selalu berhubung dalam media sosial. Akibat terpedaya serta terpengaruh janji-janji manis yang ditaburkan melalui WhatsApp selama dua hari, seorang budak berusia 12 tahun menjadi mangsa rogol. : KitaReporters


MAHKAMAH Seksyen Kemaman, Terengganu pada 13 Disember 2020 menyambung lagi tahanan reman selama empat hari bermula pada 14 Disember 2020 ke atas 10 remaja lelaki yang disyaki merogol budak berusia 12 tahun. -  Kredit foto: Berita Harian


Lagi kisah-kisah berkaitan rogol:

https://kitareporters.com/search?search=rogol


Yang merogol adalah lelaki yang baharu dikenalinya termasuk sembilan lagi lelaki lain untuk memuaskan nafsu mereka.  

Kesemua 10 suspek terbabit berumur 13 tahun hingga 19 tahun itu daripada satu kumpulan yang disyaki merogol mangsa yang merupakan seorang murid sekolah Tahun Enam di sebuah sekolah rendah di daerah itu pada pukul 4 petang dan 3 pagi pada 6 dan 7 Disember 2020  di dua tempat berasingan di Kemaman, Terengganu.

Sebelum kejadian itu, remaja perempuan itu hanya baru mengenali salah seorang lelaki daripada kumpulan berkenaan melalui WhatsAap sahaja. Selepas tempoh dua hari mereka berhubung, mangsa berjanji untuk berjumpa dengan suspek terbabit.

Ketika berjumpa pada pukul 4 petang  6 Disember 2020 dan pukul 3 pagi 7 Disember 2020, budak itu dikatakan dirogol oleh suspek itu termasuk sembilan lagi remaja lain di dua buah rumah berasingan yang jaraknya terletak kira-kira dua kilometer. 

Kejadian malang yang menimpa ke atas murid sekolah itu disedari ahli keluarga mangsa selepas remaja perempuan itu tidak pulang ke rumahnya selama dua hari

Ketiadaan budak terbabit di rumahnya tanpa pengetahuan keluarganya  dalam tempoh masa tersebut menyebabkan keluarga remaja itu menaruh curiga sehingga mangsa berterus terang dengan kejadian yang merupakan sejarah hitam dalam hidupnya.


SEPULUH suspek terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - Kredit foto:  KOSMO


Berikutan dengan kejadian itu, polis telah menahan reman 10 remaja lelaki yang dipercayai terbabit dengan kes rogol berkenaan selama lima hari bermula pada 9 Disember 2020 lalu. 

Tahanan reman ke atas semua remaja terbabit disambung lagi empat hari bermula pada hari ini, Isnin 14 Disember 2020 selepas Pendaftar Mahkamah Seksyen Kemaman, Masni Hajar Ghazali  bersetuju bagi polis menjalankan siasatan yang lebih rapi dengan kes itu. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Haryan Ramlan berkata murid sekolah tersebut telah dihantar ke Hospital Daerah Kemaman dan hasil pemeriksaannya doktor mendapati kemaluan mangsa ada kesan koyakan. 

``Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,’’ katanya pada Ahad 13 Disember 2020. - KitaReporters

5
1
13
2
7

Copy Link: