Tuah ayam nampak pada kaki tetapi tuah manusia siapa yang tahu. 

Bagi Mohd Ameerezul Maula Abd Aziz tuah beliau terletak pada suaranya yang lemak merdu. Jika tidak memandang pada wajahnya dan hanya mendengar suaranya pasti khalayak mengatakan itu adalah suara Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Lagu 'Di Mana Kan Ku Cari Ganti' dari filem 'Ibu mertuaku'  yang popular pada tahun 1962 menjadi pilihan beliau untuk mempertaruhkan nasibnya untuk bergelar juara. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pertandingan menyanyi

Mohd Ameerezul Maula Abd Aziz (kiri) dan Noor Nazatul Farahin Mohd Hussin dinobatkan sebagai juara dalam kategori lelaki dan wanita dalam Pertandingan Bintang P Ramlee 2022 peringkat Zon Utara di Auditorium Perak FM di Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Ipoh, Perak.


Nyanyian mantap dan penuh penghayatan bagaikan telah memukau pihak hakim, juri dan audien yang hadir pada malam itu. 

Beliau mewakili stesen radio Perak FM akhirnya dipilih sebagai juara setelah berjaya menewaskan peserta-peserta lain dari  Perlis FM, Langkawi FM, Mutiara FM dan Kedah FM dalam Pertandingan Bintang P Ramlee 2022 peringkat Zon Utara.

Pertandingan tersebut anjuran bersama stesen-stesen radio Radio Televisyen Malaysia (RTM) kawasan zon utara di mana Perak FM menjadi tuan rumah yang berlangsung di Auditorium Perak FM, Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Ipoh, Perak pada malam 6 Ogos 2022 lalu.  

Manakala bagi kategori wanita pula dimenangi peserta Pulau Pinang, Noor Nazatul Farahin Mohd Hussin membawa lagu 'Air Mata di Kuala Lumpur'


Ameerezul Maula melantunkan suara emasnya dengan membawa lagu 'Di Mana Kan Ku Cari Ganti' dalam Pertandingan Bintang P Ramlee 2022 peringkat Zon Utara. - Kredit foto: FB Saiful Nawab Sabran



Mereka berdua sama-sama layak dinobatkan sebagai juara bagi zon utara dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,500 berserta piala dan barangan hamper setiap seorang.

Hadiah disampaikan oleh Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed.

"Saingan untuk tahun ni sangat-sangat sengit dari Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan juga Langkawi. Masing-masing dah lakukan yang terbaik dan saya pun dah cuba yang terbaik. 

"Saya tak tahu nak gambarkan macam mana, semua peserta memang hebat-hebat belaka," kata Mohd Ameerezul kepada wartawan RTM.


Noor Nazatul Farahin Mohd Hussin muncul juara kategori wanita menerima hadiah daripada Khairul Shahril Mohamed. - Kredit foto: FB Nazatul Farahin


Manakala juara kategori wanita, Nazatul juga tidak ketinggalan turut berkongsi kegembiraan dan rasa bersyukur atas kejayaan yang tidak disangka-sangkanya.

"Tak sangka boleh menang sebab persaingan cukup hebat. Jadi, saya cuba yang terbaik dengan sokongan daripada ahli keluarga serta rakan-rakan yang banyak membantu saya.

“Alhamdulillah, saya happy (gembira) sangat hari ini kerana sudah lama tak menyertai pertandingan seperti ini," kata Nazatul kepada RTM.

Mereka akan mewakili Zon Utara ke peringkat akhir kebangsaan yang akan diadakan di Sarawak pada Oktober 2022 depan. - KitaReporters



Sumber:

https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan/44722-nazatul-dan-ameerezul-juara-bintang-p-ramlee-2022-zon-utara

https://youtu.be/-GKLpWhkkcE

19
15
0
17
3

Copy Link: