Pelakon Hanis Zalikha, 31, yang sudah lama tidak kelihatan berlakon berbanding suaminya, Hairul Azreen diumumkan sebagai duta rasmi jenama Muslimah “Innersejuk’ dengan potensi kontrak bernilai USD$1 juta atau kira-kira RM4.2 juta.

Wah! Satu jumlah yang  paling besar bagi seorang selebriti dan ibu kepada dua cahaya mata, Yusuf Iskandar, 4; dan Alisa Aisyah, 2, ini yang sudah lama tidak tampil berlakon tetapi banyak terbabit sebagai model.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan telekung


Pemilik nama penuh, Hanis Zalikha Zainal Rashid yang juga dikenali sebagai 'Ikon Modest Fashion' ini bersetuju menjadi sebahagian daripada keluarga Innersejuk apatah lagi beliau mula jatuh cinta dengan fabrik berteknologi tinggi Innersejuk sejak menjadi pelanggannya lebih dua tahun lalu.

Dan kini. sebagai duta rasmi jenama tersebut, buat pertama kalinya Hanis Zalikha akan turut serta dalam kempen Innersejuk, menonjolkan koleksi Telekung Suqainah yang terbaharu. 



Dalam kempen berkenaan, Hanis Zalika memperagakan Telekung Suqainah Signature dan Telekung Suqainah Luxe, koleksi telekung sejuk berteknologi tinggi yang memberikan keselesaan tetapi tetap kelihatan cantik dan elegan ketika dipakai. 

“Suqainah bermaksud ketenangan dalam bahasa Arab dan ia menggambarkan perasaan saya apabila memakai telekung ini. Telekung ini tidak jarang, rasa sejuk bila dipakai dan yang paling saya suka bila pada bahagian muka nampak sangat kemas dan terletak dengan sempurna. 

"Saya sangat suka dan Telekung Suqainah ini merupakan antara telekung terbaik yang pernah saya miliki,” kata Hanis Zalikha.

Tambah beliau, fabrik Telekung Suqainah dihasilkan daripada rekaan inovatif Innersejuk sendiri iaitu DriChill Tuff, fabrik yang lebih lasak lebih lebih tebal daripada telekung biasa. 



“Ciri  menarik berkenaan dengan fabrik ini, walaupun lebih tebal daripada kebiasaan telekung yang berada di pasaran, fabrik Telekung Suqainah ini direka khas supaya kekal sejuk dan antimikrob,” jelas Hanis sambil memberitahu jualannya sudah pun berada di pasaran dan boleh diperoleh di semua platform online dan di outlet Innersejuk.

Berkongsi lanjut, Hanis berkata, ‘Telekung Suqainah Signature merupakan potongan klasik yang sesuai digunakan untuk kegunaan harian dan juga di majlis-majlis khas. Manakala Telekung Suqainah Luxe pula mempunyai ciri yang lebih mewah dengan fishtail yang lebih panjang di bahagian belakang.”



Sementara itu, Pengarah Urusan Innersejuk, Azrul Izzam (gambar atas) melahirkan rasa teruja dan mengalu-alukan kesanggupan Hanis Zalikha menerima tawaran sebagai duta Innersejuk.

“Personaliti beliau yang sangat berani, mempunyai ciri-ciri istimewa yang tersendiri, sangat sesuai untuk membawa jenama Innersejuk. 

"Beliau adalah seorang usahawan wanita berbakat yang berjaya, juga seorang isteri dan ibu. Kami sangat kagum dengan keberanian dan kesungguhan beliau dalam mencapai sesuatu kejayaan,” tambah Azrul Izzam.




Untuk rekod, Innersejuk merupakan sebuah jenama Malaysia yang sedang berkembang di bawah syarikat Airaz Technologies Sdn. Bhd. yang menghasilkan pakaian berkualiti tinggi serta menarik untuk dipakai merangkumi modest sports, lifestyle ready-to-wear, pakaian untuk beribadah dan juga aksesori fesyen yang sesuai untuk gaya hidup wanita Muslimah pada hari ini.

Pada tahun 2017, Innersejuk menyedari kekurangan dalam pasaran modest fashion dan memutuskan untuk menghasilkan produk yang bukan sahaja kelihatan cantik, tetapi juga mempunyai fungsi yang lebih baik serta berada dalam lingkungan harga pasaran yang kompetitif. - KitaReporters


10
14
0
9
0

Copy Link: