KAWASAN dalam taman permainan kanak-kanak Taman Danau Kota, Setapak. Lantai getah papan gelongsor dan tanah yang tidak rata hingga air menakung akan diperbaiki.


SUDAH lama dinanti, akhirnya tiba juga. Taman permainan kanak-kanak Taman Danau Kota, Setapak di Kuala Lumpur bakal berwajah baharu dan lebih berseri. Kerja-kerja pengubahsuaian dimulakan pada 23 Mac 2021 dan dijangka siap dalam sebulan.

Rancangan menaik taraf sepatutunya dilakukan lebih awal namun tergendala kerana penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Usaha yang dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini tentunya melegakan  penduduk.  Ini kerana beberapa masalah yang terdapat dalam taman itu akan selesai. Misalnya keadaan air bertakung apabila hujan sehingga menjadi tempat nyamuk membiak.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Taman Danau Kota:

https://kitareporters.com/search?search=Danau+Kota


GELANGGANG sepak takraw akan diubah suai menjadi gelanggang bola tampar. Pekerja membat kerja-kerja pemulihan yang perlu.


Selain itu peralatan permainan pula sudah uzur dan ada yang rosak menyebabkan kanak-kanak tidak selesa menggunakannya. Lantai getah atau rubbermate di kawasan papan gelungsur juga sudah uzur dimamah hujan dan panas. 

Memang perlu diganti.

Usaha menaik taraf bagi mengatasi segala masalah berbangkit termasuk memperbaiki longkang di sekeling bagi memastikan air hujan mengalir dengan baik agar tidak bertakung dalam taman.

Sehubungan itu juga, kerja-kerja menambak tanah di kawasan rendah yang selama ini kerap ditakungi air juga akan dilakukan. Ini untuk menjadikan permukaan tanah lebih tinggi dan air tidak mudah bertakung.


JENTOLAK beraksi... kerja-kerja menambah baik taman permainan Danau Kota djangka siap hujung April.


Di samping itu satu takungan air yang dihubungkan dengan longkang akan juga dibuat. Air hujan akan mengalir ke dalam takungan ini yang kemudian akan mengalir terus ke dalam longkang.

Untuk tujuan itu, tapak buaian akan dikosongkan bagi pembinaan takungan berkenaan. Buaian akan dipindahkan ke satu sudut lain dalam padang permainan tersebut.  

Di samping itu, gelanggang sepak takraw sedia ada akan diubah suai menjadi gelanggang bola tampar untuk rekreasi penduduk. Pada masa ini, di kawasan kabin di taman permainan ini sudah pun ada tempat bermain pingpong.

Satu lagi kemudahan baharu yang akan diwujudkan ialah trek bertar untuk orang ramai berjoging. Untuk keselamatan, trek ini berada dalam kawasan taman. iaitu di sekelling taman.


LONGKANG di taman permainan akan diperbaiki dan trek joging akan dibuat.


Kerja-kerja menebang dan mencantas pokok-pokok tinggi di sekeliling padang juga dibuat agar tidak nampak semak, di samping mengelakkan bahaya kepada pengguna.

Kawasan kabin juga akan ditambah baik. Pagarnya akan diganti dan lantai simen akan dibina di kawasan kabin tersebut agar lebih bersih dan selesa.

Kerja-kerja menaik taraf padang permainan kanak-kanak Danau Kota ini dijalankan oleh Prantis Land dengan seliaan penuh DBKL.

Apabila siap kelak, taman permainan ini akan lebih menarik dan berseri. Yang using diperbaiki dan diganti. Masalah air bertakung juga diatasi. Pasti penduduk gembira untuk datang untuk berehat dan berekreasi. - KitaReporters


KERJA pembinaan rancak dijalankan untuk menambah baik taman permainan di Danau Kota.

9
2
0
0
0

Copy Link: