Gambar hiasan... Semua masjid di Terengganu akan gerakkan kempen kesedaran kepentingan vaksin Covid-19 melalui khutbah Jumaat bermula Jumaat ini. 


BAGI meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pengambilan vaksin Covid-19, kempen kesedaran akan dilakukan melalui khutbah Jumaat di semua masjid di Terengganu bermula minggu ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), M Rozi Bidin berkata Jabatan Mufti negeri juga telah bersetuju bagi mengeluarkan fatwa termasuk hukum pengambilan vaksin Covid-19.

"MAIDAM tiada halangan untuk sama-sama membantu kerajaan dalam usaha memerangi penularan pandemik Covid-19. Kempen kesedaran akan dilaksanakan agar masyarakat dapatkan suntikan imunisasi Covid-19.

"Masjid di Terengganu akan gerakkan kempen kesedaran ini melalui khutbah Jumaat. Selain itu, imam dan bilal di semua masjid dan surau juga diminta uar-uarkan kempen suntikan vaksin Covid-19, sebelum dan selepas menyampaikan azan solat," katanya dipetik Harian Metro, 26 Mei 2021. 

Ahad  232 Mei 2021 lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pihak berkuasa agama negeri memainkan lebih peranan dengan perbanyakkan program kesedaran berhubung kepentingan pengambilan vaksin Covid-19 kepada masyarakat.  -KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
0

Copy Link: