MENGAMBIL inspirasi daripada suara merdu biduanita negara, Allahyarhamah Saloma melalui lagu cinta klasik “Pandang Kasih’, rapper muda, Fariz Jabba terjemahkan makna cinta dalam dimensi yang lebih bermakna melalui single terbaharunya, ‘Dari Sini’. : KitaReporters


Foto Kredit: Instagram @farizjabba.


Lagi kisah-kisah berkaitan

Malah alunan suara bintang  Melayu era 50-an itu serta lirik mempersona yang diabadikan dalam ‘Pandang Kasih’ menarik hati Fariz Jabba dan produser terkenal, Alyph untuk menerokai tema cinta dan kerinduan dengan menciptakan satu karya yang sama sekali baharu melalui ‘Dari Sini’.



Dan ini sekali gus merupakan penanda pertama kali kedua-dua artis Def Jam Asia Tenggara ini bekerjasama.

Fariz dan Alyph merupakan antara artis paling popular dan berpengaruh di Singapura dan Asia Tenggara malah sebagai artis individu, mereka telah memberikan sumbangan yang mengagumkan kepada warna warni lagu-lagu Melayu.

Walaupun "Pandang Kasih" dirakam lama sebelum Fariz dilahirkan, mesej tentang cinta yang berkumandang cukup kuat untuk dia mengarahkan kekuatan itu ke dalam lagunya sendiri, dengan menambahkan dimensi makna.

“Pada masa kekalutan seperti saat ini, "Dari Sini" memanfaatkan kuasa cinta dan taburan kasih sayang ke atas kita sebagai kekuatan untuk pemulihan dan harapan,” ujar Fariz.

Menurutnya, lagu berkenaan melambangkan keazaman yang kuat untuk kembali, dalam hal ini, kembali ke mana letaknya hati. 





“Ini adalah usaha berterusan yang didorong oleh cinta dan perasaan ingin memiliki, menempuhi masa sukar dan senang, tidak kira apa jua, untuk menjaga apa yang kita miliki,” tambah penyanyi yang sering menyandarkan gabungan aliran hip hop dan R&B lama dan baru sebagai panduan.

Digelar ‘Ironman’ dalam generasinya, dengan lebih dari tujuh juta aliran dalam Spotify dan tiga juta tontonan untuk video muziknya dalam YouTube, pemuda berusia 24 tahun ini sedar untuk menjadi terkenal dan popular, dia mengakui ‘kepentingan cinta - untuk diri kita sendiri, antara sesama kita juga terhadap warisan kita - sebagai bahan penting untuk refleksi dan kematangan diri.’

Sesungguhnya, cinta berlegar dalam seluruh suara dan perincian melalui lagu"Dari Sini".



Di dalam dendangan R&B Fariz  yang indah dan dalam lipatan produksi Alyph yang mengagumkan, elegan dan mendebarkan, hati akan marak dengan keikhlasan dan desakan yang tidak dapat dinafikan.

Dalam menceritakan kisah cinta yang marak membara selama-lamanya, cinta yang lebih besar dari masa itu sendiri, melintasi sejarah, kembali ke masa lampau ke masa sekarang kemudian melonjak ke masa hadapan, mencatat komitmen Fariz untuk cinta yang suci, penentu setiap peringkat hidupnya.

Bahasa visual video diselaraskan sempurna dengan bunyi musik lagu, menjadikan pengalaman menonton kisah cinta ini lebih bermakna.

"Dari Sini" adalah bukti bahawa tidak kisah betapa sukar keadaan, irama dan kebesaran cinta tidak akan terjejas. Cinta adalah jawapannya – untuk semalam, hari ini dan esok, Fariz berpendapat.

Nak tahu bagaimana kehebatan cinta yang mahu disampaikan rapper muda bernama penuh, Muhammad Fariz Abdul Rashid ini ikuti tayangan perdana video muzik rasmi dalam saluran YouTubenya Fariz Jabba yang dilancarkan bermula hari ini jam 9 malam, 20 Disember 2020.  - KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: