KONSEP Perpaduan yang menjadi teras kepada program anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di negara ini bukan sekadar slogan untuk dijadikan bahan pemeran sebaliknya ia menjadi kenyataan kepada organisasi di bawah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional dan kini terkandung dalam aspirasi Keluarga Malaysia.

KRT Jalan Kenanga, Dungun, Terengganu, antara contoh terbaik yang patut diikuti KRT-KRT lain negara ini dalam melaksanakan program untuk komuniti.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti-aktiviti KRT

Jawatankuasa KRT Cina, Jalan Kenanga, Dungun dibantu ahli-ahli KRT bangsa Melayu memasak bubur lambuk 


KRT terbabit meskipun jawatankuasanya terdiri daripada bangsa Tionghoa atau Cina tetapi mereka tetap prihatin dengan masyarakat Islam di negeri ini yang masih menyambut Ramadan. 

Penganjuran memasak bubur lambuk yang dilaksanakan oleh KRT Jalan Kenangan, menarik perhatian penduduk setempat kerana ia dikendalikan oleh KRT bangsa Cina.


Jawatankuasa KRT Jalan Kenanga,Dungun mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai


Setiausahanya, Wong Yee Fong berkata, meskipun jawatankuasanya adalah seratus peratus terdiri daripada masyarakat Cina, ia bukan penghalang untuk sama-sama meraikan kehadiran Ramadan dengan membuat kerja-kerja kebajikan untuk faedah komuniti. 

Katanya, program memasak bubur lambuk adalah sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan sesuai dengan bulan Ramadan kerana bubur lambuk menjadi kesukaan masyarakat Islam.


Pengagihan bubur lambuk kepada kominiti setempat


Beliau berkata, menerusi gotong royong memasak bubur lambuk tersebut pihaknya berjaya menyiapkan 350 bekas yang kemudiannya diagihkan kepada orang ramai.

“Inisiatif  mengadakan program memasak bubur lambuk tersebut juga sebagai menyahut saranan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang mengadakan kempen tersebut membabitkan penyertaan semua KRT seluruh negara,” katanya,

Sementara itu, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Dungun, Mohd Farid Omar berkata, pihaknya bangga kerana daerah itu mempunyai sebuah KRT yang dianggotai sepenuhnya oleh masyarakat Cina, tetapi amat cakna dengan program berteraskan perpaduan. - KitaReporters


Konsep Keluarga Malaysia yang dipraktikkan oleh KRT Jalan Kenanga,Dungun,Terengganu


 

 

19
15
1
14
1

Copy Link: