PANDELELA Rinong Pamg dan Cheong Jun Hoong berjaya membuktikan mereka adalah ‘Atlet Cerdas-Cergas’, yang mana sukan dan akademik tetap mampu seiring dalam mencapai kecemerlangan dalam kedua-dua bidang diceburi. Keinginan merebut pingat dalam sukan tidak menjejaskan cita-cita mengejar sijil dalam akademik!! : KitaReporters

NORAINI Ahmad (kiri) dan Farah Ann Abdul Hadi pada Majlis Penyerahan Insentif Kecemerlangan Sukan IPT di Putrajaya. - Kredit foto Pekan Ramli.


Lagi cerita-cerita berkaitan universiti:

https://kitareporters.com/search?search=universiti


Pandelela dan Jun Hoong hampir melakukannya dengan Cheong Jun Hoong apabila meraih pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 dalam acara 10 meter terjun seirama. 

Pada masa yang sama, kedua-duanya ketika itu masih bergelar mahasiswa Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang melebarkan koleksi pingat kontinjen negara yang majoritinya daripada kudrat pemain-pemain badminton termasuk Datuk Lee Chong Wei. 

Mereka telah membuktikan sebagai ‘Atlet Cerdas-Cergas’, sukan dan akademik tetap mampu seiring dalam mencapai kecemerlangan. 


Andai Sukan Olimpik Tokyo 2020 melepasi rintangan pandemik maut Covid-19 yang menyebabkannya ditunda dan berjaya dilangsungkan pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 ini, ada satu amanat berharapan daripada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad. 

Kepada atlet-atlet negara yang juga mahasiswa universiti, katanya, “suatu hari nanti, saya berharap atlet institusi pengajian tinggi (IPT) berjaya membawa pulang pingat emas Sukan Olimpik dan Sukan Universiti Dunia (Universiade). 

“Kementerian akan sentiasa menyokong pembangunan sukan di IPT dan terus menjaga kebajikan atlet,” katanya ketika menghadiri Majlis Penyerahan Insentif Kecemerlangan Sukan IPT di sebuah hotel di Putrajaya pada Khamis, 24 September 2020 lalu. 

SKUAD terjun negara antara penerima tertinggi yang berjumlah RM14,000 hasil kejayaan pada Sukan SEA Ke-30 di Filipina 2019. - Kredit foto Pekan Ramli.


Sebanyak 147 atlet IPT negara yang menyumbang pingat Sukan SEA Fillipina 2019 dan lima ‘UOlimpian’ mendapat pengiktirafan dan sumbangan insentif dari kementerian berkenaan. 

Mereka mewakili 63 peratus daripada 233 atlet IPT yang menganggotai kontinjen negara seramai 773 orang pada temasya serantau dwitahunan edisi ke-30 itu.

TETAMU kenamaan melaungkan sorakan semangat bersama para penerima Insentif Kecemerlangan Sukan IPT. - Kredit foto Pekan Ramli.


Atlet IPT menyumbang 29 pingat emas, 29 pingat perak dan 27 pingat gangsa daripada keseluruhan 55-58-71 butir milik kontinjen negara. 

Ratu gimnastik artistik, Farah Ann Abdul Hadi muncul penerima insentif tertinggi individu dengan membawa pulang wang tunai RM6,000 setelah memenangi tiga pingat emas Sukan SEA Fillipina.

Skuad olahraga pula mendapat insentif tertinggi, RM17,000 menerusi kejayaan merangkul tiga pingat emas, lapan pingat perak dan lima pingat gangsa diikuti bola jaring dan terjun masing-masing RM14,000. 

Paling istimewa ialah apabila buat kali pertama Kementerian Pengajian Tinggi dalam majlis ini, turut memberikan penghormatan kepada lima atlet IPT yang layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020. 

Mereka ialah Farah (gimnastik artistik), Khairulnizam Mohd. Affendy (pelayaran), Nur Dhabitah Sabri, Leong Mun Yee dan Wendy Ng Yan Yee (terjun) yang turut disarungkan ‘blazer’ khas ‘UOlimpian” IPT oleh Noraini.


FARAH, gimnas pertama negara yang kembali layak ke Olimpik sejak Athens 2004. - Kredit foto Pekan Ramli.


Turut hadir ialah Timbalan Menterinya, Datuk Mansor Othman; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) kementerian, Dr. Zabri Yusoff dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) kementerian, Rosli Yaakub. 

Sebagai rekod sebanyak 10 atlet penuntut UPM layak mewakili negara dari Olimpik Athens 2004 hingga Rio 2016 antaranya selain Jun Hoong dan Mun Yee ialah Mon Redee Sut Txi, Wan Mohd. Khalmizan Ab. Aziz, Cheng Chu Sian (memanah), Yu Peng Kean (lawan pedang) dan Zaidatul Husniah Zulkifli (olahraga).

NORAINI Ahmad (tiga dari kiri) dan pegawai kanan kementerian menunjukkan isyarat bagus bersama atlet IPT yang telah layak ke Olimpik Tokyo 2020. - Kredit foto Pekan Ramli.

1
0
0
0
0

Copy Link: