Video| Aliff Syukri dakwa suaranya lebih sedap daripada Vida! Tapi lagu Muah Muah Raya mampu boom!

Published by
KitaReporters

Seorang lagi ahli perniagaan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 51, tidak mahu ketinggalan menerbitkan lagu raya bagi bersaing dengan pesaing niaganya, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

DSV pernah menghasilkan lagu raya berjodol ‘Lavida Raya’ (1998) dan ‘Ku Ikhlaskan’ (2022) dengan muzik videonya sudah ditonton lebih 3.9 juta kali.


Bagi raya 2023, DSV menghasilkan lagu ‘Muah Muah Raya’ dengan liriknya dicipta oleh DSV sendiri sementara melodinya oleh Amy Ukays. Lagu ‘Muah Muah Raya’ berirama ‘catchy’ dan membuat DSV yakin lagu raya kali ini akan ‘boom’. 

Bagi muzik videonya, DSV turut membabitkan dua anaknya, Kacak dan Cik B.

Lagu ini mengisahkan keakraban hidup kekeluargaan dengan perkataan ‘muah muah’ sudah identik dengan DSV bagi menunjukkan kemesraan.
Video muzik (MV) ‘Muah Muah Raya’ mula dimuat naik dalam YouTube Seventeen Eleven Music pada Ahad 16 April 2023 dan setelah 24 jam, ia telah ditonton lebih 65 ribu kali. 

‘Abang Terlajak Laris’ Aliff Syukri turut mengucap tahniah dengan kemunculan lagu baharu DSV. Bagaimanapun Aliff Syukri mendakwa suaranya lebih bagus sedangkan suara DSV dibantu oleh suntingan audio (auto tune).



Walaupun ‘Muah Muah Raya’ cuba bersaing, namun ‘Chu Ku Chuck Raya’  Aliff Syukri sudah ditonton 800 ribu kali setelah 11 hari dimuat turun. 

Mungkin bagi Raya 2024, dua ahli perniagaan kosmetik sensasi ini boleh bergabung menghasilkan lagu raya secara berduet. 

Kedua-duanya mempunyai peminat tersendiri dan menghasilkan lagu duet raya dengan melodi dan liriknya menarik pasti membuat lagu itu ‘boom’ dan membantu perniagaan kosmetik masing-masing. 

Dan tidak mustahil apabila kedua-duanya kemudian mendakwa mereka sebagai duo nombor satu negara.

Bagi DSV atau ‘Abang Terlajak Laris’ merakamkan lagu dan mengeluarkan belanja besar untuk video muziknya lebih kepada membantu mempromosikan perniagaan mereka.

Walaupun mereka menerima kecaan daripada golongan tertentu, namun ia tidak akan melemahkan semangat kedua-duanya untuk menghasilkan lagu baru, bukan sahaja bertema raya. - KitaReporters

DS Vida bersama anak, Cik B (kiri) dan Kacak. - Kredit foto: IG Datoserivida

9
13
0
10
0

Copy Link: