Dari kiri: Muhammad Shukri, Freddie Fernandez dan Nor Hairiah. 


Persatuan Karyawan Malaysia menyambut baik sumbangan berbentuk produk kesihatan Smart Bio Golden Remedy kepada enam ahli artis veterannya demi membantu masalah kesihatan yang mereka hadapi.

“Kerjasama antara Smart Bio dan Karyawan ini satu usaha yang sangat baik di mana selain menjaga kesihatan para ahli, mereka juga diberi peluang memperoleh pendapatan jika berminat menjualnya,” ujar Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez pada majlis pelancaran Smart Bio Golden Remedy dengan Koperasi Karyawan dan Persatuan Karyawan di Restoran Bayang, Taman Tun Dr, Ismail baru-baru ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan karyawan


Pelakon Aznah Hamid ( gambar atas) dan Abas Bakar (gambar bawah) antara penerima sumbangan produk Smart Bio. - Kredit foto: Balqish.


Turut hadir ahli ahli Karyawan antaranya artis-artis veteran seperti Aznah Hamid, Sofia Ibrahim dan Abas Bakar yang turut menerima sumbangan produk Smart Bio Golden Remedy dan akan dipantau kesihatan mereka selama 3 bulan selepas memakannya. 

Bersama meraikan majlis adalah Ketua Pegawai Eksekutif Smart Bio Golden Remedy Network, Muhammad Shukri Amin dan Pengarah Strategi & Pembangunannya, Nor Hairiah Mat Top serta Dr Hilmi Harun atau lebih dikenali dengan gelaran Helmi Gimmick selaku Pengarah Pemasaran merangkap stokis Grand Master. 

Menurut Freddie, ahli-ahli persatuan mahu pun Koperasi Karyawan yang minat berniaga bolehlah memperoleh pendapatan sampingan jika mereka kehendaki sambil menjaga kesihatan khususnya ketika COVID-19 masih berleluasa.

“Usia artis-artis pun semakin meningkat dan dengan adanya produk kesihatan seperti Smart Bio ini dapat menambahkan tenaga dan mengekalkan tubuh badan masing-masing,” tambah Freddie.



Sementara itu, Helmi Gimmick (gambar atas) mengakui sentiasa mengamalkan produk-produk berasaskan herba khususnya mengkudu dan cendawan merah dalam menjaga kesihatannya.

“Pada bulan puasa ini sebaiknya kita mendahulukan dengan meminum jus herba mengkudu yang berperanan sebagai zat pemulihan sel-sel tubuh badan memandangkan ia mengandungi nutrisi protein, vitamin serta berbagai mineral,” ujar Helmi

Menurut beliau rangkaian produk Smart Bio Golden Remedy atau dalam bahasa pasarnya ‘penawar emas’  membuka ruang kepada Koperasi Karyawan mahu pun ahli-ahli Karyawan secara individu untuk berniaga sambil mengekalkan kesihatan.

“Dalam usia lanjut sekarang ini adalah lebih baik untuk kita semua cegah penyakit sebelum sakit dengan pemakanan yang sihat dan bersifat memulihkan. Jangan cuai tentang kesihatan ketika kita sedang popular kerana kesannya akan memudaratkan selepas 20 tahun kemudian,” tambah beliau sambil memberitahu visi Smart Bio lebih kepada membawa solusi herba untuk pelbagai penyakit ke setiap rumah orang yang memerlukan. 

Tambah beliau lagi, “Misi kami untuk membangunkan ramai usahawan Muslimin dan Muslimat untuk berkongsi pendapatan dengan menyebarkan produk ini  ke seluruh negeri dan luar negara semampu boleh."  



“Kami mempunyai ladang mengkudu dan cendawan merah di Teluk Intan, Perak  yang merupakan bahan utama pembuatan rangkaian lebih kurang 15 produk Smart Bio Golden Remedy,’ sambung Muhammad Shukri.

Antara produknya meliputi ubat gigi cengkudu, kopi cengkudu, jus enzyme mengkudu dan minyak panas balm cengkudu yang  mampu mengurangkan sakit-sakit otot dan lenguh-lenguh badan serta melegakan rongga pernafasan.

“Pada era endemik COVID-19 ini produk produk Smart Bio paling sesuai digunakan contohnya minuman teh mengkuling atau kopi cengkudu bagi membantu menguatkan sistem ketahanan badan,” tambah beliau.

Menurutnya, selain menguatkam imun badan produk diformulasi 'cengkudu' (campuran mengkudu dan cendawan merah) ia membantu pankreas mengimbangi kadar gula dalam darah dan menggalakkan penambahan oksigen di dalam darah.

“Kami tidak meletakkan sejumlah sasaran tetapi percaya mampu memperoleh jualan tinggi  serta menambah ejen dan stokis jualan bagi mereka yang mahu sihat dengan mengamalkan produk berasaskan herba dan tumbuhan hijau,” tambah Muhammad Syukri sambil memberitahu pihaknya turut menyediakan tiga pakej pilihan bernilai RM250 (Perak), RM750 (Emas) dan RM2,500 bagi pakej Berlian.

Info lanjut mengenai Smart Bio Golden Remedy boleh  diperoleh dengan melayari www.smartbiogr.com. - KitaReporters


Antara ahli KARYAWAN dan media yang menerima sumbangan produk Smart Bio. - Kredit foto: Mohd Redzuan @cipot

17
10
0
15
0

Copy Link: