Ini baru betul! Piala AFF dalam perancangan dimasukkan dalam kalender FIFA! Ikrar Gianni Infantino!

Published by
KitaReporters


SAINGAN Piala AFF 2022 baru sahaja tamat dan sudah ada satu berita gembira buat peminat bola sepak yang sentiasa mengikut rapat kejohanan ini. 

Menurut Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, beliau akan menyemak kembali dan berusaha untuk memastikan kejohanan ini dibawa masuk dalam senarai kalender FIFA, sekali gus menaikkan lagi reputasi kejohanan ini. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pertubuhan FIFA


Jika perkara ini terlaksana, secara tidak langsung ia memberi motivasi tambahan buat pasukan yang terlibat untuk menaikkan ranking negara kerana mata yang ditawarkan sangat tinggi oleh FIFA.  

Ini juga menyebabkan pasukan tiada alasan untuk tidak melepaskan pemain mereka menyertai skuad kebangsaan. 

Beliau yang hadir menyaksikan perlawanan akhir di Thailand baru-baru ini begitu kagum dengan sokongan peminat dan menyifatkan ia satu aura positif yang boleh dikembangkan lagi lebih meluas. 

Bagi beliau, Piala AFF adalah kejohanan penting bagi Asia Tenggara apatah lagi ia mendapat perhatian dengan populasi penduduk seramai 650 juta. 

Sudah tiba masanya FIFA memandang serius kerana pencapaian pasukan dari rantau ASEAN ini juga sentiasa menakjubkan sama ada bola sepak lelaki mahupun wanita. - KitaReporters

9
14
0
11
0

Copy Link: