Agrobazaar FAMA yang pertama di Terengganu kini beroperasi di tapak Pasar Tani Kekal Kampung Nyior Tujuh, Besut.


PASAR tani kekal merupakan pusat pengumpulan hasil pertanian setempat dan dijadikan sebagai pusat jualan borong dan runcit bagi produk keperluan harian, industri kecil dan sederhana (IKS) serta barangan segar.

Kewujudan Agrobazaar di kawasan pasar tani kekal satu lagi usaha oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membantu usahawan tani selain dijadikan sebagai hab pemasaran dan jualan produk tempatan berpotensi meraih pendapatan lebih buat usahawan IKS.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pasar tani:

https://kitareporters.com/search?search=pasar+tani


Dr Azman Ibrahim (tengah) menunjukkan produk keluaran usahawan tani yang dipasarkan di Agrobazaar Kampung Nyior Tujuh, Besut


Penduduk daerah Besut beruntung apabila Pasar Tani Kekal di Kampung Nyior Tujuh, dekat Jertih, Terengganu, dipilih sebagai projek printis oleh FAMA menubuhkan Agrobazaar untuk kemudahan penduduk setempat membeli barangan lebih murah.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, Agrobazaar yang diwujudkan itu dilihat mampu memenuhi keperluan barangan harian dengan harga lebih murah.

Katanya, Agrobazaar pertama di Besut menyasarkan hasil jualan sebanyak RM5,000 sehari dan akan meningkat dari semasa ke semasa.


Sebahagian produk yang diusahakan petani tempatan dipasarkan di Agrobazar FAMA di Kampung Nyior Tujuh, Besut


"Sasaran utama juga supaya Agrobazaar ini menjadi pusat pemasaran produk tempatan sama ada dalam bentuk IKS atau produk lain,” katanya.

Bagi memastikan matlamat tersebut tercapai, pihak kami mencadangkan sebuah pangkalan data (database) bagi mengumpul maklumat pengusaha tempatan melalui pelbagai jabatan berkenaan, merangkumi produk lokal dan asas tani dari kawasan tepi pantai hingga ke pedalaman.


Dr Azman (tengah) turut meninjau benih tanaman sayur-sayuran yang dijual oleh seorang usahawan tani 


“Tujuannya supaya Agrobazaar menjadi pusat pemasaran utama dan teratur, menarik pengunjung dan menyokong IKS di sekitar kawasan,” katanya.

Dr Azman berkata, Agrobazaar tersebut kini membekalkan 30 peratus produk IKS dan bumiputera terdiri daripada produk sejuk beku, sayur-sayuran segar dan produk-produk lain buatan tempatan dengan harga rendah berbanding di pasaran luaran.

“Insya-Allah dengan ‘pilot project’ yang diterajui FAMA ini adalah langkah pertama membuka ruang kemudahan pasaran dan serta peluang pekerjaan untuk penduduk sekitar,” katanya.


Nanas antara buah-buahan yang turut dijual di tapak Pasar Tani Kekal Nyior Tujuh, Besut


Sebelum ini, katanya, bangunan Pasar Tani Kekal Nyiur Tujuh telah siap dibina tiga tahun lepas, namun tidak dimanfaatkan secara optimum, hasilnya kerajaan negeri bersama FAMA Terengganu menjadikan tapak ini sebagai Agrobazaar pertama di Besut.

Agrobazaar Nyiur Tujuh telah dibuka pada 1 Februari 2021 kini mencatatkan nilai jualan sebanyak RM52,364.37 sehingga 12 Februari 2021 lalu. - KitaReporters

8
1
0
0
0

Copy Link: