Berita Terkini| Tanah hutan simpan negeri diteroka secara haram! 3,000 hektar dikesan di Perak

Published by
KitaReporters

Datuk Saarani Mohamad (tiga dari kiri) sewaktu Program Kempen 100 Juta Pokok Peringkat Negeri Perak di Dataran Tasik Raban, Lenggong, Perak pada 10 April 2021. - Kredit foto: Suara Perak


SEJUMLAH 3,000 hektar tanah hutan simpan di negeri Perak dikesan telah diterokai pihak tidak bertanggungjawab secara haram sehingga kini.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata Kerajaan Negeri sedang berusaha menangani isu tersebut melalui Jabatan Perhutanan Negeri Perak.

"Lima kes berkaitan sudah pun dibawa ke makhamah dan ada beberapa lagi kes masih dalam siasatan. Ada kes melibatkan aktiviti  menebang dan dikeluarkan kayu hutan secara haram untuk dijual.

"Ada juga bercucuk-tanam dalam kawasan tanah hutan simpan. Semua ini penerokaan haram dan satu kesalahan jadi kita minta semua segera berhenti.

"Kita ada peraturan tertentu termasuk berhubung mengeluarkan hasil kayu. Kita juga ada maklumat lengkap lokasi berlakunya penerokaan haram ini," katanya dipetik laporan Bernama pada 10 April 2021. - KitaReporters 

0
0
0
0
0

Copy Link: