Sejak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyuddin Yassin menggunakan nama ‘Makcik Kiah’ bagi menjelaskan dengan terperinci jumlah bantuan kewangan yang boleh diterima oleh seseorang rakyat melalui program bantuan Prihatin Nasional, fenomenaMakcik Kiah terus melanda rakyat Malaysia. : KitaReporters.com


Merata-rata nama ‘Makcik Kiah’ kini hangat diperkatakan sehingga menjadi ‘trending’ dalam Twiter sehingga pelbagai jenis ‘memes’ menarik turut dikongsi dalam platform media sosial apabila ramai yang ingin tahu siapa sebenarnya Makcik Kiah yang disebut-sebutkan oleh PM itu.

Jadi, siapa wanita bernama Makcik Kiah tu?

Sehubungan itu, istimewa buat pelanggan ASTRO, syarikat televisyen berbayar itu tampilkan pula ‘Cik Kiah’ untuk tontonan semua.

Ya… Cik Kiah yang dimaksudkan di sini berupa rantaian siri drama dan telemovie Cik Kiah yang satu ketika dahulu turut menjadi fenomena.

Pelanggan Astro yang merindukan Cik Kiah boleh berhibur bersama keluarga apabila Astro menampilkan cerita-cerita di sebalik kisah Cik Kiah melalui saluran Astro Warna dan Astro On Demand (OD).


Salah sebuah babak dalam 'Rombongan Cik Kiah ke Kelana Jaya'.

Antara yang menanti  pelanggan Astro di OD meliputi telemovie ‘Rombongan Cik Kiah ke Kelana Jaya,’ ‘Tu Dia Kiah Nak Raya, ‘Kiah Beraya Solo’ dan ‘Kiah Pi Jepun.’

Selain itu, drama bersiri 13 episod yang bakal ditayangkan adalah ‘Kiah Mai Pulak’, ‘Kiah Pekasam’ dan ‘Kiah The Spy’.

Kesemua telemovie ‘Chik Kiah’ ini sudah boleh ditonton oleh pelanggan Astro  pada Isnin sehingga Khamis pukul 9 malam.

Manakala bagi drama bersiri seperti ‘Kiah Pekasam’ boleh menontonnya setiap hari Isnin hingga Ahad pukul 1 hingga 3 petang di mana 4 episod disiarkan berturut-turut.

Selain itu, pelanggan Astro boleh menikmati akses menonton drama dan telemovie tersebut di On Demand dengan hanya mengikuti  3 langkah mudah ini: 

  1. Tekan Home, pergi ke Tetapan.
  2. Pilih Rangkaian & Tekan Wi-Fi
  3. Masukkan kata laluan Wi-Fi dan kini anda bersedia untuk menyaksikan On Demand

Untuk rekod, telemovie pertama yang menciptakan watak Cik Kiah lakonan Delimawati arahan pengarah Mamat Khalid mula ditampilkan melalui "Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel' pada tahun 1998 sempena meraikam Sukan Komanwel yang berlangsung di Kuala Lumpur ketika itu.

Delimawati, memegang watak sebagai 'Cik Kiah' dalam kesemua telemovie dan drama rantaian 'Rombongan Cik Kiah....."


Selepas 16 tahun kemudian, baharulah Mamat Khalid berkesempatan menyambung sekuel Cik Kiah dengan menampilkan telemovie 'Rombongan Cik Kiah ke Kelana Jaya'.

Dengan palbagai konten menarik yang disediakan, diharapkan rakyat Malaysia amnya dapat duduk di rumah sekali gus membantu kerajaan untuk menangani wabak Covid-19 dengan lebih berkesan.

Kekal selamat, kekal di rumah dan kekal menonton saluran-saluran menarik dengan selesanya di kediaman anda walau di mana sahaja anda berada.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.watchod.com. 

Utamakan keluarga #StayHome #DudukRumah #KekalTenang. - KitaReporters.com

Jom 'refresh' kan kembali ingatan anda pada telemovie pertama "Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel' melalui pautan youTube di bawah ini:

0
1
0
1
1

Copy Link: