LAZIMNYA wanita yang jadi mangsa keadaan terutama melibatkan kes penderaan dan pergaduhan suami isteri.

Namun lain pula cerita yang berlaku di Raipur, India, baru-baru ini apabila seorang lelaki dibelasah teruk sehingga terkoyak baju yang dipakai oleh sekumpulan wanita.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kes-kes pergaduhan



Memetik Times Of India, dalam kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Swami Vibekannanda di Raipur pada 20 September 2022 lalu memaparkan seorang lelaki yang dikenali Dinesh diperlakukan secara kasar oleh sekumpulan wanita yang dipercayai kakitangan syarikat agensi pelancongan di khalayak umum selepas lelaki berkenaan menuntut haknya sebagai pekerja.

Kejadian memalukan tersebut dipercayai berpunca daripada pertikaian tuntutan gaji antara majikan dan pekerja.

Dinesh  yang bekerja sebagai pemandu teksi di  syarikat pelancongan Rahul Travel di bandar berkenaan menuntut gaji bagi bulan Mei dan Jun 2022 yang tertunggak selepas majikan tidak membayar kepadanya.



Video Dinesh yang menjadi mangsa dan dipukul beramai-ramai menjadi tular selepas tersebar dalam media sosial.  

Bagaimanapun tuntutan itu menyebabkan dia dimarahi sekumpulan pekerja wanita yang bertugas di pejabat berkenaan sebelum berlaku pertengkaran dan tindakan ganas.

Lebih dahsyat sekumpulan wanita itu bertindak kasar dengan memukul Dinesh dengan tali pinggang, menamparnya serta menumbuknya berulang kali tanpa henti hingga mengakibatkan bajunya terkoyak.

Keadaan berkenaan menyebabkan dia terpaksa menyelamatkan dirinya dengan melarikan diri bagi mengelak kejadian lebih buruk berlaku.



Susulan kejadian berkenaan mangsa yang tidak bersalah itu membuat laporan polis di Raipur dan menuntut tindakan diambil ke atas pekerja-pekerja wanita berkenaan yang mendatangkan kecederaan kepadanya

Kejadian berkenaan bukanlah kali pertama berlaku di India. Malah kejadian serupa melibatkan wanita  pernah berlaku di sebuah plaza tol di Nashik's Pimpalgaon.

Pekerja tol  wanita berkenaan dikatakan mengamuk dengan seorang pelanggan yang juga wanita sehingga menyebabkan pertengkaran mulut dan berakhir dengan pergelutan.

Bagaimanapun pergaduhan itu berjaya dileraikan selepas orang ramai yang menyaksikan pertengkaran dan mendamaikan kedua-dua wanita berkenaan.

Wah gengster betul wanita India nih, jangan main-main! - KitaReporters


15
19
0
11
0

Copy Link: