Syarikat Air Terengganu (SATU) mengagihkan bekalan air kepada penduduk yang terputus bekalan air.


KERAJAAN Negeri Terengganu bersetuju memberi bekalan air percuma pada Oktober dan November 2021 ini kepada penduduk di daerah Kuala Nerus dan sebahagian daerah Kuala Terengganu  yang terbabit dalam krisis bekalan air paling teruk di negeri itu baru-baru ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Negeri, Dr Mamad Puteh berkata, pengecualian pembayaran bil melibatkan 130,000 pengguna itu selaras dengan pengumuman kerajaan negeri sebelum ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bekalan air

Dr Mamad Puteh


Katanya, pengecualian bayaran adalah bagi bulan Oktober dan November dengan anggaran kos sebanyak RM1.2 juta dengan penggunaan air 2 juta meter padu. Ia akan melibatkan kira-kira 28,700 akaun dan 130,000 pengguna.

Sehubungan itu, beliau berkata, pengguna disaran untuk menggunakan air dengan cermat dan tidak membazir.



"Penggunaan berhemah akan memastikan sistem agihan air terawat di kawasan terbabit tidak terganggu," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin 27 September 2021.

Sewaktu insiden Air Berangan melanda baru-baru ini, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ada mengumumkan pemberian air percuma selama dua bulan sebaik sahaja proses pembaikan selesai sepenuhnya.

“Memahami kesukaran pengguna domestik bagi tempoh krisis Air Berangan baru-baru ini, Syarikat Air Terengganu (SATU) memutuskan pemberian air percuma selama dua bulan kepada penduduk terbabit,” katanya. - KitaReporters


11
13
0
12
1

Copy Link: