Shariffah Noorrhayati Syed Amirudin menyampaikan bantuan terus kepada mangsa-mangsa banjir di rumah mereka.


Mangsa-mangsa banjir di keseluruhan kampung terlibat di Kupang, Baling kini gembira kerana rumah mereka boleh didatangi penyumbang barangan keperluan harian termasuk pakaian bagi meringankan beban mereka.

Sebelum ini, pihak luar daerah dan negeri yang ingin membantu mangsa mangsa banjir untuk meringankan beban mareka seperti yang dihasratkan oleh aspirasi Keluarga Malaysia gagal memasuki kampung akibat laluan ditutup kerana dipenuhi lumpur.

Lagi kisah-kisah tragedi berkaitan mangsa-mangsa banjir

Sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir dihulurkan oleh pertubuhan Wanita Prihatin Pulau Pinang.


Beberapa mangsa banjir yang ditemui memberitahu KitaReporters kini sumbangan dari berbagai-bagai pihak kini boleh terus sampai ke tangan mereka setelah laluan masuk ke kampung-kampung terbabit banjir sudah boleh dilalui.
Penyumbang bantuan dari pertubuhan Wanita Prihatin Pulau Pinang, Presidennya Shariffah Noorrhayati Syed Amirudin, 65, berkata, beberapa hari lalu amat sukar untuk masuk ke kampung untuk berjumpa mangsa-mangsa banjir yang masih tinggal di rumah mereka untuk diberikan sumbangan
Katanya, kini beliau berpuas hati dapat memberikan sendiri kepada mangsa banjir semua bekalan yang dibawa untuk mangsa-mangsa yang terjejas.


Tegasnya lagi, pihaknya berazam untuk menyerahkan bantuan dan sumbangan wang ke tangan mangsa-mangsa banjir sendiri di rumah mereka yang masih dalam kerja-kerja pembersihan.

Menurutnya, pertubuhan yang diterajuinya menyumbangkan pakaian, selimut, barangan makanan, telekong, al-Quran dan wang pada mangsa banjir yang ditemui.
Shariffah Noorrhayati bersama lima Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Wanita Prihatin Pulau Pinang ditemui ketika menyampaikan bantuan pada mangsa banjir di Kupang pada petang 8 julai 2022 lalu.

Bekas pelajar-pelajar Kolej Sultan Abd Hamid di bawah NGO Amal Muhibah menghantar bekalan susu untuk ibu-ibu yang ada anak-anak kecil.


Sementara itu, bekas pelajar-pelajar Kolej Sultan Abd Hamid yang menamakan pertubuhan mereka sebagai Amal Muhibah turut menghulurkan bantuan pada mangsa-mangsa banjir di rumah-rumah mangsa.
Aman Ismail, 58, dari Amal Muhibah memberitahu mereka menghantar bekalan susu untuk ibu-ibu yang ada anak-anak kecil dari kalangan keluarga yang menjadi mangsa banjir.
Kata beliau, barangan yang diberikan adalah untuk meringankan beban keluarga yang mempunyai anak kecil yang memerlukan minuman susu setiap hari.
Jelas beliau lagi, bantuan yang dihulurkan adalah susu untuk bayi yang boleh digunakan selama sebulan, katanya pada KitaReporters.
Selain bantuan susu pada anak-anak kecil yang masih menyusu, Amal Muhibah juga menyumbangkan bantuan baju sekolah yang baru pada pelajar sekolah rendah dan menengah yang kehilangan baju sekolah akibat banjir serta bantuan makanan beras dan gula pada keluarga mangsa banjir. - KitaReporters

9
10
0
13
0

Copy Link: