PESERTA Gegar Vaganza (GV) akan memberi persembahan terbaiknya jika dia diberi peluang menyanyikan lagu bergenre muzik yang diminatinya. Demikian pendapat juri jemputan, Datuk Syafinaz Selamat ketika memberi pandangan ke atas persembahan Muss iaitu peserta kelapan atau terakhir episod ke-8 atau peringkat suku akhir GV7 di Astro Ria pada Ahad, 29 November 2020. : KitaReporters

Muss mendapat markah tertinggi dalam episod kelapan Gegar Vazanza 7. - Kredit foto: AstroGempak.com


Lagi cerita-cerita berkaitan Gegar Vaganza:

https://kitareporters.com/search?search=gegar+vaganza


Kerana mendapat lagu bergenre rock iaitu ‘Seragam Hitam’ yang dipopular oleh kumpulan Kristal, bekas penyanyi kumpulan May ini mengawal pentas dengan baik dengan gaya rock tersendiri.

Persembahannya cukup menghibur membuat juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim serta juri jemputan, Datuk Syafinaz Selamat dan Mamat Khalid.



Kredit foto: Gempak.com


Muss diumum sebagai pemenang  peringkat suku akhir ini dengan memperoleh markah 69.8. Muss menewaskan peserta lain agak jauh iaitu pemenang kedua, Linda Nanuwil (62.20), ketiga Ayu Damit (60.2) dan keempat Noraniza Idris (60.60).

Muss yang suka mencuba genre dan cuba memberi persembahan terbaik apabila diberi tugasan menyampaikan lagu genre lain.

Dia merupakan peserta yang menjuarai minggu terbanyak iatu tiga kali iaitu pada minggu kedua, keempat dan kelapan. 


Linda Nanuwil menduduki tempat kedua

Ayu Damit menduduki tangga ketiga

Noraniza Idris menduduki tempat keempat

Dalam peringkat suku akhir, para peserta menunjukkan kehebatan masing-masing untuk tidak tersingkir. Namun nasib tidak menyebelah otai rock, Yantzen apabila mendapat markah terendah iaitu 44.5 markah.

Bagi episod kesembilan atau peringkat separuh akhir pada Ahad, 6 Disember 2020, pertandingan dijangka lebih sengit. Seorang peserta akan tersingkir daripada memasukki peringkat akhir. Mungkin salah satu peserta favourit yang bakal menjadi mangsa. - KitaReporters


Bintang rock Yantzen terpaksa meninggalkan Gegar Vaganza 7


1
1
0
0
0

Copy Link: