BAYI lelaki berusia 14 bulan yang mengalami pendarahan dan retak kepala dipercayai terjatuh dari katil di rumah pengasuhnya di Paka, Terengganu disahkan meninggal dunia kira-kira 10 malam, pada 23 Mei 2021.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata bayi lelaki, Khaleel Islam Mohamad Ehafizuddin menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kanak-Kanak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Terdahulu mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HSNZ Kuala Terengganu selepas dilaporkan terjatuh secara terlentang dari katil dengan kepalanya terhentak di lantai ketika bermain di rumah pengasuh.

"Pemeriksaan terhadap badan mangsa tidak menemui sebarang kecederaan fizikal namun pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) mendapati mangsa mengalami pendarahan di ubun kepala serta keretakan di belakang kepala.

"kes sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 tetapi kini kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat. Kita akan menahan suspek untuk siasatan lanjut," katanya yang dipetik oleh Berita Harian pada Isnin, 24 Mei 2021.

Semalam, media melaporkan bayi lelaki berusia 14 bulan mengalami pendarahan dan retak kepala selepas dipercayai terjatuh daripada katil ketika berada di rumah pengasuhnya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

0
0
0
0
0

Copy Link: