FILEM aksi komedi ‘Abang Long Fadil 3’ (ALF3) bakal menjadi sebuah lagi filem pecah panggung (box office) yang mampu mencapai kutipan lebih RM50 juta

Sudah berjaya kutip RM18 juta selepas 11 hari tayangan bermula 8 September 2022 lalu. 

Sehingga kini sambutan masyarakat adalah memberangsangkan dan masih ramai belum menontonnya ingin ke pawagam. Dan bagi yang sudah menonton pula, mereka ingin menonton lagi. 
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan filem-filem Melayu




Gandingan mantap pelawak Zizan Razak dan Johan Raja Lawak
sebagai teraju utama serta AC Mizal menjadi daya tarikan utama untuk menonton dengan jenaka yang membuat tidak kering gusi.
Di samping itu filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw ini juga padat dengan aksi dengan membariskan sejumlah pelakon popular.

Filem ALF3 merupakan pencapaian membanggakan bagi pengarah Syafiq Yusof yang merupakan adik kepada Syamsul Yusof. Dan bagi Datuk Yusof Haslam dia patut bangga kerana mempunyai pewaris filem dua anak berbakat besar iaitu Syamsul dan Syafiq.


Syafiq (kiri) dan ayah Yusof Haslam

Along Long Fadil (ALF) dicipta oleh Syafiq Yusof. ALF1 dibuat pada 2013 dan mula ditayang pada 29 Mei 2014. Dengan kos pembikinan RM3 juta ia membawa kutipan RM4.61 juta.

Sementara filem ALF2 yang mula ditayang pada 24 Ogos 2017 dengan kos RM3.2 juta berjaya memberi kutipan RM18.15 juta.

Bagi filem ALF3 pula, kos pembikinannya mencapai RM6 juta. Ia mula ditayang pada 8 September 2022 telah mencatat kutipan RM18 juta baru 11 hari ditayang.

ALF3 sepatutnya ditayang pada hujung 2020 tetapi ditangguh akibat pandemik Covid-19. 

Bukan semua filem yang tertangguh tayangan akibat pandemik Covid-19 yang mendapat sambutan. Ia turut bergantung kepada jalan cerita dan mutu yang dihasilkan.

Namun tidak dapat dinafi filem ‘Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan’ berjaya menarik masyarakat Melayu kembali minat menonton filem tempatan. - KitaReporters


17
8
0
10
0

Copy Link: