Bukan hendak menunjuk tetapi hendak berkhidmat dengan masyarakat.... Noriza Abdullah kelihatan ceria ketika membonceng motosikal bersama suami Muhar Hussain dalam melakukan tinjauan mesra rakyat di sebuah kampung di Selama, Kedah. - Kredit foto: FB BN CMSS Kulim-Bandar Baharu


LAZIMNYA kita pernah mendengar orang berkata, "Di sebalik kejayaan seorang lelaki , berdirinya seorang wanita di belakangnya" dan ada pula yang menambah "di sebalik kegagalan seorang lelaki juga berdiri di belakangnya seorang wanita "

Namun ada tambahan lagi terhadap kata-kata itu, "Di sebalik kegagalan seorang suami, wujudnya seorang wanita yang bukan isteri di belakangnya."


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Pilihan Raya Umum (PRU)

Noriza Abdullahmenziarahi dan menyantuni salah seorang warga emas yang uzur di sebuah kampung di Selama, Kedah. - Kredit foto: FB BN CMSS Kulim-Bandar Baharu


Datin Noriza Abdullah, isteri kepada calon Barisan Nasional (BN) Kulim-Bandar Baharu (KBB), Kedah, Datuk Muhar Hussain sanggup turun padang dalam siri kempen BN tinjau dan ziarah penduduk di beberapa buah kampung sekitar pekan Selama, Kedah

Beliau (Noriza) sedikit pun tidak berasa kekok membantu serta memberi sokongan kepada suaminya berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Apa yang menarik, kecekalan dan kesungguhan seorang isteri membonceng sebuah motosikal bersama suaminya ketika berkunjung bertemu penduduk kampung dalam menyampaikan bantuan serta beramah mesra dengan mereka.


Golongan yang tidak bernasib baik tetap mendapat perhatian oleh Noriza ketika beliau giat berkempen untuk suaminya sebagai calon BN bagi P018 - KBB.- Foto ihsan FB BN CMSS Kulim / Bandar Baharu


Dalam tempoh tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Hari Pengundian PRU15 pada 19 November 2022 ini, akan berlangsung; Ketua UMNO Bahagian KBB, Muhar Hussain menyeru dan mengingatkan pengundi-pengundi P018 - KBB mesti membuat keputusan yang bijak dan tepat untuk memilih kerajaan (pemerintah) yang lebih stabil dan terjamin masa depannya.

Pada PRU14 lalu (2018), BN Kedah hanya memenangi dua kerusi Parlimen iaitu Padang Terap dan Baling berbanding 10 kerusi dimenangi pada PRU13.

Sumber dalaman UMNO memaklumkan, BN Kedah kini menampilkan gandingan muka baharu dan lama dengan keseimbangan 50 peratus.

Antara kerusi yang bakal menyaksikan calon-calon muka baharu mewakili BN ialah Kubang Pasu, Merbok, Langkawi, Pokok Sena, Kulim-Bandar Baharu, Kuala Kedah dan Sik.

Selain itu muka-muka lama calon BN seperti Mahdzir Khalid masih kekal di Parlimen Padang Terap, dan Abdul Azeez Abdul Rahim tetap bertanding bagi kerusi tradisinya di Baling, Kedah.

Tambah UMNO lagi, BN akan mengekalkan kerusi MCA di Alor Setar dan calon MIC bagi parlimen Padang Serai.

Pada PRU15, Muhar Hussain akan menentang Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dari Pakatan Harapan (PH - PKR) dan Roslan Hashim yang mewakili Perikatan Nasional (PN). – KitaReporters


Noriza Abdullah menyerahkan risalah kempen BN Kulim/Bandar Baharu kepada salah seorang penduduk kampung di Selama, Kedah. - Kredit foto: FB BN CMSS Kulim/Bandar Baharu


Sumber:

https://www.facebook.com/bncommskbb

https://www.facebook.com/profile.

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/11/presiden-cake-cabar-saifuddin-di-kulim-bandar-baharu/

https://www.malaysiakini.com/news/641131

18
10
0
9
0

Copy Link: