Video| Minyak free, cabutan bertuah! Petronas Jelatek II, Kpg Datuk Keramat! Sumbangan amal Caprice!

Published by
KitaReporters


PENYANYI rap sensasi, Caprice bermurah hati melakukan sumbangan amal dengan memperuntuk RM10 ribu untuk petrol percuma kepada peminatnya dan orang ramai termasuk beberapa cenderamata percuma dan cabutan bertuah berupa kereta pacuan empat roda jenama Kia Sportage miliknya.

Jika berminat anda boleh mengunjungi stesen minyak Petronas di Jalan Jelatek II, Kampung Datuk  Keramat, Kuala Lumpur, selepas jam 2.30 petang hari ini, Jumaat, 23 September 2022.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Caprice


Barangan cenderamata akan diberi kepada 10 pelanggan terawal sebaik tawaran dibuka mulai jam 2 petang.

Selepas jumlah minyak berjumlah RM10 ribu terisi, satu cabutan bertuah akan diadakan dengan hadiahnya ialah salah sebuah kereta milik Caprice iatu kereta pacuan 4 roda jenis Kia Sportage.

Perkara ini diumum oleh Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli, 34, dalam Instagramnya.“Assalamualaikum. Siapa yang mahu minyak petrol percuma, saya mahu belanja anda esok (Jumaat) pada pukul 2.30 petang.

"Boleh datang bawa motor, kereta, van atau bas. Saya peruntuk RM10,000 untuk anda semua.

“Saya juga mahu berikan hadiah kepada 10 pelanggan terawal berupa topi, kasut dan beberapa barangan edisi terhad yang lain,” katanya.


Bagaimanapun Caprice mengingatkan pelanggan dalam kalangan kaum lelaki agar terlebih dahulu pergi menunaikan solat Jumaat sebelum singgah mengisi minyak secara percuma di stesen itu.

Kalau ada lelaki yang beratur ketika waktu solat Jumaat, saya akan halau,” ujarnya.

Meninjau ruangan komen, sebilangan besar peminatnya melahirkan kesyukuran dan berterima kasih atas kemuliaan hati penyanyi rap ini. 

“Alhamdulillah, semoga segalanya dipermudahkan,” kata seorang peminatnya.

“Semoga Caprice sekeluarga dimurahkan rezeki yang melimpah ruah dan berada dalam lindungan-Nya,” doa seorang lagi peminatnya.

“Semoga dimurahkan rezeki. Minta-minta aku yang dapat kasut sebab dekat dengan rumah,” kata seorang peminatnya. - KitaReporters


11
8
0
5
0

Copy Link: