Berita Terkini| Pengeluaran KWSP hingga RM5k menerusi i-Citra! Dibayar RM1k sebulan, 5 bulan!

Published by
KitaReporters

Gambar hiasan... Ahli KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran menerusi i-Citra mulai 15 Julai 2021. - Kredit foto: The Star


KERAJAAN membenarkan pengeluaran baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM5,000 menerusi i-Citra bagi bantu rakyat yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan( PKP).

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) pada  28 Jun 2021.

“Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan tetakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

“Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 billion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan rakyat.

“Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP dalam portal dalam talian i-Citra  di icitra-kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021. Pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada Ogos 2021,” katanya.

Dalam pengumuman tersebut juga, beliau turut memaklumkan nilai keseluruhan pakej Pemulih adalah berjumlah RM150 bilion merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion. -KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

1
0
0
0
0

Copy Link: