Kredit foto-foto: FB Perak Football Club


PEMAIN-PEMAIN Perak Football Club (Perak FC) boleh menarik nafas lega seketika apabila Menteri Besar Perak, Dato Seri Saarani Mohamad sudi menghulurkan bantuan memandangkan sambutan hari raya tinggal beberapa hari saja lagi

Seperti semua sedia maklum, pasukan Perak FC ketika ini sedang hadapi masalah kewangan sehingga gaji para pemain tertunggak hampir beberapa bulan lamanya dan ia sudah pasti memberi kesan sangat besar kepada mereka. 


Lagi cerita-cerita sukan berkaitan kelab Perak FC



Dengan sumbangan yang tidak seberapa besar ini, sekurang-kurangnya mereka dapat juga membeli dan menyambut hari raya dengan keadaan sedikit tenang serta boleh membeli barangan untuk persiapan hari hari raya nanti. 

Ketika ini pasukan Perak FC dimiliki Impact Media & Communication (IMC) Sdn Bhd yang dilihat gagal menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi pasukan Perak sehingga Liga Bola Sepak Malaysia atau Malaysia Football League (MFL) terpaksa memotong 9 mata pasukan tersebut ekoran kegagalan melunaskan gaji pemain



Kredit foto-foto: FB Perak Football Club


Dah la hadapi masalah gaji, sekarang terpaksa bermain dengan negatif mata. Laluan nak kekal dalam Liga Perdana nampak makin sukar untuk Perak ketika ini.  

Disebabkan masalah tersebut, pasukan Perak FC kini dalam rundingan untuk bertukar milik namun status itu masih lagi menjadi teka-teki

Adakah Pasukan Perak akan ada pemilik baharu yang mampu mengubah lanskap bola sepak Perak? Atau terus discam (ditipu) oleh pemilik baharu? - KItaReporters


15
13
0
10
0

Copy Link: