"SAYA hendak beritahu awak bukan bersendirian, ada lagi yang melalui perasaan seperti ini. Mereka tak gila dan  penyakit ketagihan alkohol bukanlah satu kesalahan. Ada kata-kata terkenal yang mengatakan orang ini tidak mungkin boleh berubah menjadi baik.

"Saya kebetulan kenal pesakit ini dan ada yang berubah. Saya lihatnya setiap hari, ada sinar harapan di mata sewaktu mereka mengharungi saat-saat rawatan yang teruk ini. Malah akhirnya, mereka mampu hidup sebagaimana orang biasa, seandainya diberikan kerja untuk tempoh tertentu. "

Demikian kata mendiang Matthew Perry, 54, salah seorang pelakon dalam siri sitkom Friends dalam  Memoir - Friends, Lovers and the Big Terrible Thing' - Sobriety, mortality, colostomy bags and pickleball yang meninggal dunia di rumahnya, pada Sabtu 28 Oktober 2023, tiga hari sebelum bukunya dilancarkan pada 1 November 2023.


By the time he was 49, Matthew Perry writes in his new book, he had spent more than half of his life in treatment centers or sober living facilities.

Matthew bergambar sempena pelancaran memoirnya. 



NBC melaporkan Matthew mendedahkan saat susah payah menangani ketagihan arak dan sulitnya menjalani baik buruk kehidupan yang adakalanya sangat mencabar. Malah dia anggap sedang bertempur dengan "syaitan" dalam dirinya.

Maggie Wheeler, yang berlakon sebagai kekasihnya, Janice menyifatkan pelakon itu sangat-sangat baik dan pemurah. 

"Dunia akan mengingati awak dan semua lawak jenaka anda dalam waktu yang singkat ini, akan terus hidup." katanya.

Pembabitan Matthew mungkin juga ada kaitan dengan patahnya gagal memikat rakan-rakan artis yang terkenal di Hollywood disamannya termasuk Jennifer Aniston yang memilih  David Schwimmer dan Brad Pitt. 

Mendiang masih bujang, pernah mengorat Julia Roberts, Cameron Diaz, Lizzy Caplan dan Gwyneth Paltrow. 


Matthew Perry and Julia Roberts on "Friends."

Julia Roberts. - Kredit gambar: Warner Bros/Courtesy Everett C


Matthew Perry and Lauren Graham posing together at an event.

Pelakon siri “Gilmore Girls”, Lauren Graham. - Kredit gambar: WireImage

Dengan Julia mereka berpasangan selama enam bulan pada 1996 dan alasan perpisahan itu kerana Matthew sedang merawat dirinya dengan ketagihan dan berasa tidak cukup bagus.

Pada 2018, dia cuba melamar pengurus bakat dan produser di Zero Gravity Management, Los Angeles, Molly Hurwitz. Mereka bertunang pada November 2020 tapi tidak jadi berkahwin, alasannya ketika sesuatu yang tidak sering berjalan lancar.

Dalam bukunya itu, dia dan Jennifer kenal dua tiga tahun sebelum berpasangan dalam filem Friends dari 1994 hingga 2004 dan Jennifer orang pertama yang mengesan ketagihan alkohol melalui bau arak walaupun mendiang berusaha menyembunyikan.

Ketika ditemui bual dalam satu stesen televisyen, Jennifer memberitahu dia ingatkan semua tiada masalah ketika mengetahui lelaki itu mula ketagihan itu pada 2004 dan pernah sekali hampir meragut nyawa lelaki itu. 

Sitkom popular seluruh dunia itu tamat kerana penerbitnya memberi alasan semua pelakon sudah tua.


Molly Horowitz holding up her hair.

Molly Horowitz. - Kredit gambar: Instagram Matthew Perry


Matthew dilaporkan melalui rawatan ketagihan selama 15 kali dan dua hari lalu sebelum meninggal dunia, dia ada muat naik lambang "Batman" dengan kata-kata "Adakah kamu faham ke?.. Saya Mattman."

Akhirnya peminatnya komen itu adalah caranya untuk meminta tolong dan sesetengahnya  ingatkan dia akan berlakon dalam filem Batman.

Matthew mati lemas dalam tab mandi di rumahnya Pacific Palisades, Los Angeles pada 4.07 waktu tempatan, Sabtu 28 Oktober 2023. Punca kematian dikatakan serangan jantung. Mendiang juga dikatakan ketagihan pil penenang Vicodin (hydrocodone/acetaminophen) selepas nahas jek-ski pada 1997.



Matthew yang memegang watak Chandler Bing dalam sitkom Friends terbitan NBC turut membintangi beberapa filem termasuk Fool Rush In bersama ayahnya dan The Whole Nine Yards.

Siri Friends itu bermula pada 22 September 1994 berakhir pada 6 Mei 2004 dengan 236 episod dengan purata tayangan 22-23 minit untuk slot 30 minit termasuk iklan.

Celebrity Net Worth melaporkan sehingga Oktober 2023 Matthew memiliki aset RM252 juta (US$120 juta) sebagai pelakon, penerbit eksekutif dan penulis skrip. 

Mendiang masih bujang dan dikatakan pernah cuba mengorat bukan saja rakan sepelakonnya, Jennister Aston malah  Julia 

Dalam satu reunion, beliau berkata apabila pelakon Friends bertemu di parti atau acara hiburan, bermakna malam itu hanya untuk mereka. Orang lain faham dan tidak akan kacau serta membiarkan mereka bersembang sampai esok pagi. - KitaReporters


12
8
0
14
0

Copy Link: