Video| Betul atau hanya untuk content! Pencuri tak jumpa jalan keluar! Dengan kebesaran Allah!

Published by
KitaReporters


Pernah kita dengar bahawa mereka yang melakukan tindakan merompak di tempat pemilik yang tidak dikenali tidak jumpa jalan keluar seakan-akan lemas atau pandangan keluarnya ditutup.

Begitulah sebuah video yang telah tular dalam TikTok memaparkan sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Dilihat pencuri tersebut tidak jumpa jalan keluar dari premis tersebut.


Lagi



Kejadian ini mendapat respons netizen yang mempunyai pendapat masing-masing di atas apa yang terjadi kepada diri pencuri itu selepas mencuri.

Netizen yang memberi komen pada video ini berkongsi pengalaman masing-masing dan ada juga berpendapat bahawa ini adalah content semata-semata sahaja.

Namun ada juga antara mereka yang memberitahu bahawa pengalaman pencuri ini sama seperti dikepung air dan berasa lemas seperti di dalam air. 



Pada zaman dahulu, ada amalan yang digunakan untuk menjaga rumah daripada diceroboh oleh pencuri. Walaupun begitu, tidak semua yang kini mengamalkannya.

Ini sekadar perkongsian bukanlah sebuah kepercayaan. - KitaReporters


12
21
0
5
0

Copy Link: