Tragedi berbulan madu! Suami isteri meninggal di hotel! Dipercayai terlebih minum ubat kuat seks!

Published by
KitaReporters

GAMBAR hiasan... Sebuah hotel di Karanganyar, Kota Solo, Jawa Barat.


PASANGAN pengantin yang baharu berkahwin tentu merasa seronok jika mereka dapat berbulan madu selain mencipta kenangan yang terindah bersama orang yang tersayang.

Namun apa yang terjadi bagi sepasang suami isteri sedang berbulan madu di Kota Solo, Jawa Tengah, Indonesia bertukar menjadi tragedi menyayat hati apabila mereka ditemukan meninggal dunia di sebuah hotel pada 3 Oktober 2022 lalu.

Mayat pasangan suami isteri terbabit masing-masing berumur 27 tahun dan 30 tahun itu dipercayai meninggal dunia akibat terlebih mengambil ubat perangsang seks dan mayat mangsa ditemui pada pukul 6 petang oleh petugas hotel di Karanganyar, Jawa Tengah.


Lagi cerita-cerita sedih berkaitan kisah-kisah tragedi

MAYAT sepasang suami isteri yang meninggal dunia selepas dipercayai terlebih banyak minum ubat perangsang seks dibawa ke Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Karanganyar, Jawa Tengah untuk dibedah siasat. - Kredit foto : Kompas.com


Dipetik dari portal berita di Indonesia, Kompas.com pada 6 Oktober 2022 melaporkan sebelum itu, kedua-dua mangsa yang baharu berkahwin sejak enam hari lalu telah membuat tempahan dan menginap di hotel berkenaan selama dua hari bermula pukul 4.30 petang pada 1 Oktober 2022.

Bagaimanapun, pada malam hari tersebut (1 Oktober 2022), pasangan suami isteri yang berasal dari Mojosongso, Jebres itu memberitahu petugas hotel berkenaan mereka akan keluar (check out) dari bilik agak lewat sedikit iaitu kira-kira pukul 4 petang (2 Oktober 2022).

Namun, petugas hotel mendapati mangsa tidak keluar pada masa yang dijanjikan dan pada keesokan hari juga mendapati mangsa tidak membuat check out di hotel itu.

‘’Curiga terjadi sesuatu terhadap pasangan suami isteri itu mengakibatkan salah seorang daripada petugas hotel itu pergi ke bilik mangsa pada pukul 6 petang (3 Oktober 2022).

‘’Apabila petugas tiba di bilik mangsa mendapati pintunya berkunci dari dalam dan petugas beberapa kali mengetuk pintu bilik tetapi tidak dibuka oleh mangsa,’’ kata Kompas.com.

Kebimbangan petugas pada pasangan suami isteri itu semakin terasa lalu dia membuka pintu bilik dan alangkah terkejutnya melihat suami isteri itu masing-masing sudah meninggal dunia di atas katil.


MAYAT suami isteri yang meninggal dunia di hotel dibawa ke Rumah Sakit Umum Daerah Karanganyar, Jawa Tengah - kredit foto : Kompas.com


Ketua Subseksyen Unit Pendidikan Masyarakat Polis Karanganyar, Bripka Aditya Prima berkata kematian sepasang suami isteri itu tiada kaitan dengan unsur-unsur jenayah oleh pihak lain.

Aditya berkata, hasil siasatan polis telah menemui sisa-sisa ubat perangsang seks di sisi mayat mangsa yang dipercayai diminum oleh mangsa.

"Kematian suami isteri yang baharu berkahwin hampir seminggu lalu adalah kerana mereka disyaki terlalu banyak minum ubat kuat sehingga menyebabkan denyutan jantungnya menjadi laju dan pembuluh darahnya pecah sebelum mereka meninggal.

"Kita telah menemui sebotol ubat kuat yang sudah kosong (digunakan) dan satu botol lagi kelihatan penutup botol terbuka yang baru digunakan oleh mangsa,’’ katanya. - KitaReporters


12
11
0
9
0

Copy Link: