BERKISAR pada kisah benar seorang penerbit filem yang terpaksa melalui pelbagai rintangan malah banyak cabaran yang ditempuhi hanya kerana mahu ‘Bikin Filem’. Adakah ia sebenarnya satu ironi yang ingin disampaikan penerbitnya, Empire Filem Solution ini sendiri apabila mengetengahkan filem sulungnya dengan tajuk ‘Bikin Filem’. : KitaReporters


Barisan pelakon-pelakon handalan membintangi 'Bikin Filem'.


Lagi cerita-cerita berkaitan filem:

https://kitareporters.com/search?search=filem


“Bagi yang menonton 'Bikin Filem', kami yakin ia akan membuka mata lebih ramai pihak agar tidak memberikan kritikan yang keterlaluan terhadap sesebuah filem yang dihasilkan. Hakikatnya, untuk menerbitkan sebuah filem memang sukar dan mereka yang melaluinya saja dapat memahaminya,” begitu luahan hati Penerbit Bikin Filem, Mohamad Zubir Badrshair (gambar bawah).



Menurutnya, idea menghasilkan ‘Bikin Filem’ timbul daripada kisah sebenar seorang penerbit yang melalui banyak cabaran seperti faktor kewangan, keadaan cuaca mahu pun melayan karenah barisan pelakon.

“Saya mahu orang ramai menonton sendiri bagaimana proses sesebuah filem itu diterbitkan sehinggalah ia ditayangkan di pawagam dan sesungguhnya ia bukan satu perjalanan yang mudah,” tambah Zubir.

Jelasnya, biarpun ia dilihat sebagai sebuah filem komedi tetapi ‘Bikin Filem’ mahu masyarakat mengerti dan mengetahui bahawa menghasilkan sebuah filem bukanlah satu perjalanan indah sepanjang masa bahkan banyak cabaran yang terpaksa dilalui.

“Filem adalah sebagai medium hiburan kepada penonton, tetapi sejauh mana masyarakat , mengetahui perjalanan sesebuah filem itu dihasilkan,” ujar Zubir yang membariskan pelakon-pelakon handalan dalam penerbitan filem pertamanya ini.

Antaranya seperti Sherry Alhadad, Azhan Rani, Amerul Affendi, Mark Adam, Azrel Ismail, Sharifah Sakinah, Scha Alyahya, Erra Fazira, Roy Azman, Azhar Sulaiman, Zain Hamid, Jasmin Hamid, Syazwan Zulkifly, ‘Raja Dubsmash Malaysia’ Ucop dan ramai lagi. 




Wow! Dengan begitu ramai pelakon handalan pasti sukar hendak melayan karenah setiap seorang ya tak?  

Yalah, bayangkan kita mempunyai ramai anak, kan susah nak memenuhi citarasa dan perangai setiap seorang kan? Penulis percaya semua ibu bapa yang dikurniakan ramai anak mempunyai masalah sama. Bagaimana cara mereka membimbing sahaja yang membezakan.

Dan ‘Bikin Filem’ barangkali antara contoh terbaik bagaimana seorang penerbit itu perlu memenuhi dan menjaga hati semua pelakon, itu belum pemasalahan kru produksi, teknikal dan sebagainya.

“Ya, Bikin Filem’ bakal memaparkan kepada penonton warna warni realiti serta cabaran di sebalik pembikinan sesebuah filem. 

"Penonton sering melihat konten dan kualiti filem, tetapi apa yang tersirat di belakang kejayaan filem tersebut inilah insan-insan yang berusaha keras memastikan sebuah karya terbaik dihasilkan khas buat penonton dan industri,” akui Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad (gambar bawah)



Dipersembahkan dalam bentuk santai, Raja Jastina berharap penonton yang menyaksikan filem arahan Latiff Zami atau lebih dikenali sebagai Mohd Yeop Hitler, melalui pawagam rumah mereka di saluran Astro First (480) bermula hari ini (5 November 2020) akan menikmati satu kelainan berdasarkan kepada warna warni realiti kehidupan.

“Kami juga berharap kehadiran Bikin Filem turut dapat mengisi masa penonton untuk terus kekal berada di rumah. Dalam pada itu, syabas buat penerbit baru, Empire Film Solution yang pertama kali menerbitkan filem tetapi kreatif tampilkan konteks yang berbeza untuk tontonan penonton,” tambah Raja Jastina.



‘Bikin Filem’ mengisahkan tentang seorang bekas bintang filem terkenal dengan gosip-gosip liar, Khaty (Sherry Alhadad) yang ingin menerbitkan sebuah filem bertajuk ‘Dendam Berbalas’ kerana baru bercerai. 

Khaty ingin pengarah Rahim G (Azhan Rani) untuk mengarah filem tersebut. Namun, pelbagai cabaran dan insiden lucu mencuit hati berlaku sepanjang perjalanan pihak produksi menjayakan filem tersebut. 

Malah setiap kru, barisan pelakon dan pengarah mempunyai macam-macam karenah dan ragam tersendiri.

Nak tahu apa kesudahan setiap watak yang digerakkan dengan begitu baik oleh barisan pelakon terbabit bolehlah melanggan untuk menonton ‘Bikin Filem’ di saluran 480. Dengan hanya berbelanja RM15, anda boleh menontonnya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Anda juga boleh strim filem ini di Astro Go atau On Demand dan ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw. - KitaReporters




0
0
0
0
0

Copy Link: