Video| Sama-sama power! Siti Nurhaliza pelawa Aina Abdul cipta lagu untuk albumnya! Pasti gempak!

Published by
KitaReporters

Aina Abdul bangga dapat muncul satu pentas dengan idolanya, Siti Nurhaliza



DUNIA seni tanah air kini sedang disinari dua bintang berbakat besar iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 43, dan Aina Abdul (Nurul Aina Abdul Ghani), 29, yang sama-sama dapat menunjukkan kehebatan masing-masing apabila muncul di atas pentas.

Lebih teruja lagi, Siti turut memuji bakat besar Aina yang bukan sahaja mempunyai vokal bernada tinggi yang baik, malah juga boleh mencipta lagu.

Sehubungan itu Siti mempelawa Aina mencipta lagu untuk albumnya yang bakal diterbitkan tidak lama  lagi.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Aina Abdul



Pada Sabtu, 26 Mac 2022 lalu, Siti dan Aina menjadi juri jemputan dalam pertandingan akhir Big Stage 2022 terbitan Astro Ria di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Bagi persembahan selingan, Siti dan Aina menyampaikan lagu popular masing-masing

Siti menyampaikan lagu Aina berjudul ‘Semalam’ mengikut gaya penyampaiannya. Begitu juga Aina menyampaikan lagu ‘Purnama Merindu’ ikut gayanya.

Persembahan mereka mendapat tepukan gemuruh daripada penonton. 



Masing-masing memuji kehebatan vokal masing-masing dan memuat naik persembahan mereka dalam Instagram masing-masing. 

Siti adalah idola Aina. Kesempatan menyanyi bersama atas pentas bagai mimpi yang jadi kenyataan.

Aina memuji suara lunak Siti yang mampu menyanyi secara langsung dengan baik. Jadi tidak salah Siti diberi gelaran penyanyi nombor satu negara.



Dalam pertemuan itu, dilaporkan Siti turut memuji bakat besar Aina yang bukan sahaja mempunyai vokal bernada tinggi yang baik, malah juga boleh mencipta lagu.

Sehubungan itu Siti mempelawa Aina mencipta lagu untuk albumnya yang bakal diterbitkan tidak lama  lagi. Permintaan Siti dianggap penghormatan besar kepada Aina.

Menurut Aina, dia memang punya niat untuk menghasilkan lagu untuk penyanyi nombor satu negara itu.

Katanya, dia akan mencipta lagu malar segar untuk Siti. Aina juga berharap akan berduet dalam album dia atau Siti. Dia yakin lagu duet itu akan menjadi satu fenomena. - KitaReporters


13
11
0
13
0

Copy Link: