Mohamed Jusoh (kanan) ketika sesi temu ramah bersama Datuk Tengku Mahmud Mansor


PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan kerajaan sebelum ini susulan pandemik Covid-19  pastinya memberi banyak kenangan dan pengalaman kepada masyarakat negara ini.

Ramai individu kehilangan pekerjaan serta hadapi kehidupan sukar dan tidak terkecuali juga ada insan yang memenuhi tempoh PKP dengan melakukan atau mencuba sesuatu hingga membawa hasil tidak disangka-sangka.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan buku


Muka depan buku "Pendakian Dato' Ku


Bekas Pengarang Utusan Melayu, Mohamed Jusoh memanfaatkan kehidupan sepanjang tempoh PKP dengan menghasil kerja-kerja menulis buku bagi dijadikan bahan bacaan berguna kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Menurutnya, sebanyak enam buah buku berjaya dihasilkan iaitu berjudul Puteri Duyung, Pendakian Dato’ Ku serta satu siri empat buah tajuk buku novel remaja/pelajar berkaitan rawatan alternatif dari bahan tumbuhan

Terbaharu, Mohamed yang juga dikenali sebagai MJ berjaya menyiapkan sebuah buku berbentuk biografi bertajuk “Pendakian Dato’ Ku”  mengisahkan seorang tokoh politik, pendidikan dan kebajikan tersohor di Terengganu.

"Mengenai buku terbaharu  biografi Prof Datuk Tengku Mahmud Mansor, usaha menulis buku ini kerana melihat ketokohan beliau yang mempunyai banyak pengalaman dan dianggap arkitek pendidikan Terengganu.

"Buku setebal 274 halaman dengan cetakan pertama 2020 kini sudah berada dipasaran  dan dijual dengan harga RM32 senaskah," katanya.


Muka belakang buku "Pendakian Dato' Ku.


Buku biografi Pendakian Dato' Ku hasil tulisan Mohamed Jusoh telah pun berada di pasaran.


Selain itu, katanya, ada empat buku masih dalam proses akhir untuk dicetak iaitu 'Wan Ahmad Pencetus Teater Moden Terengganu', Nor Arfa Menempuh Cabaran Cipta Pereka Batik Era Baru, Novel Antara Cinta dan Kasih Sayang serta Terapi Mata Hati di Tanah Suci.

Melihat kepada kegigihan menghasilkan buku berkenaan ternyata MJ masih terus bersemangat dalam bidang penulisan biarpun sudah lama bersara daripada dunia kewartawanan. 

Mohamed yang juga merupakan mantan Presiden Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT), tidak jemu-jemu menulis buku terutama mengenai tokoh politik, budayawan dan pendidikan di Terengganu. 

Untuk info, beliau sebelum ini pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Kewartawanan dan Komunikasi, Anugerah Utama Novel Remaja HASDI serta Penulis Rencana Terbaik Sejarah, Seni Budaya dan Pelancongan Terengganu. -KitaReporters


Mohamed Jusoh (kiri) menghadiahkan buku karya terbaharu beliau kepada Mojo KitaReporters


Mohamed Jusoh (berdiri dua dari kiri ) bersama ahli keluarganya.

11
20
2
10
1

Copy Link: