Setelah meneliti dan mengambil kira beberapa perkara, akhirnya E Elavarasan mengambil keputusan drastik dengan melepaskan jawatan selaku ketua jurulatih Malaysia Bawah 23 Tahun (B23).

Dengan keputusan ini, Elavarasan akan kembali ke pasukan senior dan bekerjasama semula bersama ketua jurulatih Malaysia Kim Pan-gon selaku penolong ketua jurulatih. 

Keputusan dibuat selepas kedua-dua pihak mendapat persetujuan bersama dan Elavarasan akan kembali membantu Pan-gon untuk persediaan pusingan akhir Piala Asia di Qatar pada awal tahun hadapan (2024). 


E Elavarasan 


Semua sedia maklum, selepas aksi kelayakan Piala Asia B23 baru-baru ini di Thailand, beliau antara paling banyak menerima kritikan daripada peminat terutama dalam media sosial sehingga ada yang mengharapkan tempatnya digantikan dengan jurulatih baharu.

Biarpun rekod kurang cemerlang dari segi gaya permainan yang dikatakan kurang menyerlah dan sukar untuk bersaing jika bermain di Piala Asia nanti. 

Namun beberapa kejayaan seperti menjuarai Piala Merlion 2023 di Singapura dan layak ke Piala Asia di Qatar pada 2024 antara jasanya kepada pasukan Harimau Muda.


Meskipun berada di tangga kedua kumpulan H, Malaysia tetap layak ke Piala Asia B-23 kerana berada di kedudukan kedua terbaik bersama tiga lagi pasukan lain. - Kredit foto Facebook FAM 


Kini tugas berat menanti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan mereka perlu bijak dalam mencari jurulatih kerana kurang daripada 7 bulan dari sekarang, Malaysia akan beraksi di Qatar.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin perlu membuat keputusan tepat dalam pemilihan ketua jurulatih B23 agar pasukan negara mampu memberi cabaran dan melangkah lebih jauh di kejohanan tersebut. 

Masa agak singkat dan banyak kerja harus dilakukan oleh ketua jurulatih baharu nanti. Disebabkan itu, ia memerlukan seseorang yang boleh lakukan 'magik' buat pasukan muda negara.

Nampak jodoh Elavarasan bersama Harimau Muda hanya setahun. Beliau dilantik oleh FAM untuk mengemudi B23 pada September 2022 dan September 2023, beliau melepaskan jawatan tersebut. - KitaReporters

15
9
0
10
0

Copy Link: