Video| Anak pelaut kena kuat! Menangis tonton video ucapan hari lahir! Sebelum ayah pergi berlayar!

Published by
KitaReporters


PERKONGSIAN seorang wanita menunjukkan anaknya menangis setelah menonton video ucapan hari jadi daripada ayahnya yang telah dirakam awal kerana kerja di lautan telah mengundang perhatian ramai dalam media sosial.

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna media sosial bernama @aida_ilda, kelihatan budak perempuan itu sebak setelah menonton video ucapan hari jadi daripada ayahnya lalu mendakap ibunya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sambutan hari lahir


"Hari ini merupakan hari jadi Hana, tetapi ayah tidak dapat call sebab Wi-Fi limited. Anak pelaut kena kuat,” kongsinya dala laman aplikasi TikTok.

Meninjau dalam ruangan komen, orang ramai memberikan kata semangat kepada adik comel itu agar terus tabah serta mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada beliau.



“Selamat hari jadi anak. Pak Cik dapat rasa perasaan itu, sebab pak cik pernah jadi pelaut selama 12 tahun. Rindu pada anak-anak dan video menjadi peneman kami,” jelas @HafezHilmi.

“Selamat hari jadi Hana, mak cik menangis juga tengok Hana. Bersabar ya sayang, semoga berjaya dunia dan akhirat serta jadi anak yang soleh dunia dan akhirat,” kata @Emyhmss.

“Alamak Hana, mak cik menangis tengok awak sayang, selamat hari jadi nak,” ujar @IrsaSahabuddin. - KitaReporters


15
11
0
10
0

Copy Link: