Negeri Sembilan Antlers mencipta sejarah tersendiri apabila muncul juara Piala Juara-Juara Sepak Takraw League (STL) selepas menewaskan Perak Bison straight set 2-0 pada 5 Ogos 2023. 

Perak Bison selaku juara liga turun selaku pasukan pilihan bagaimanapun gagal untuk menyerlah apabila terpaksa akur dengan kehebatan pasukan lawan. 

Set pertama menyaksikan Negeri Sembilan Antlers menang 21-15 dan Perak Bison hampir mengheret perlawanan ke set ketiga tetapi tidak berjaya dan tewas 21-18. 



Ini merupakan satu pencapaian yang tertinggi untuk pasukan ini yang bergelut pada awalnya dalam saingan liga dan dalam kejohanan ini diletakkan dalam kumpulan maut. 

Satu fakta menarik adalah pasukan yang muncul juara dalam saingan ini terdiri daripada pemain tempatan tanpa ada seorang pemain import. 

Negeri Sembilan Antlers turut berjaya memenangi beberapa kategori terbaik iaitu tekong dan killer terbaik yang dimenangi Muhammad Haziq Hairul Nizam dan Mohd Hafizul Hayazi Adnan. 

Haziq turut dipilih selaku pemain paling bernilai selepas mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan ini. Sementara Aidil Aiman Azwawi dari Perak Bison pula merangkul feeder terbaik. 

Ketiga-tiga pemain turut membawa pulang wang tunai RM1000. 

Selaku pasukan juara, Negeri Sembilan membawa pulang piala pusingan dan hadiah wang wang tunai berjumlah  RM25,000. - KitaReporterst


 

8
11
0
20
0

Copy Link: