Kedudukan kes Covid-19 mengikut daerah di Terengganu sehingga 24 Mei 2021


TINDAKAN segelintir individu merentas daerah dan negeri bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga telah menyebabkan sekurang-kurangnya 90 individu disahkan positif Covid-19 di Terengganu.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, perbuatan pentingkan diri sendiri itu terbongkar setelah ramai ahli keluarga didapati positif dan kes naik mendadak di satu lokaliti.

“Orang larang rentas negeri atau daerah untuk beraya kita buat juga (walaupun alasan pelbagai). Marah sangat bila larang rentas negeri, akhirnya balik dari zon merah senyap-senyap hingga akhirnya satu keluarga positif Covid-19.

“Seramai 13 individu melakukan rentas negeri dengan memberi pelbagai alasan, akhirnya 40 ahli keluarga disahkan positif Covid-19 di Kuala Terengganu. Bagi daerah Hulu Terengganu pula, sembilan rentas negeri kesudahannya  26 individu dijangkiti.

“Lapan orang rentas negeri dan daerah di Kemaman akhirnya 24 orang disahkan positif. Gara-gara 30 individu degil patuhi prosedur operasi standard(SOP), 90 orang disahkan positif Covid-19 di Terengganu,” tulisnya dalam akaun Facebook miliknya,  padalewat malam 24 Mei 2021.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan sebuah pasar raya terpaksa ditutup selama 14 hari kerana 17 pekerja disahkan positif Covid-19 dan mereka yang terlibat tentunya bertebar di beberapa daerah selain ribuan telah masuk ke pasar raya berkenaan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

 

 

 

0
0
1
0
1

Copy Link: