Baiknya dia! Anjing ambil surat daripada posmen bagi tuannya

Published by
KitaReporters

SELAIN faktor cuaca, antara gangguan biasa yang sering dihadapi posmen ketika menjalankan tugas penyerahan item pos ialah dikejar oleh haiwan seperti anjing. Sememangnya kejadian dikejar oleh anjing menjadi pengalaman mengerikan kepada sebahagian posmen di negara ini. : KitaReporters 

Posmen Munir Mohd menyerahkan surat kepada anjing untuk dibawa kepada tuannya. - Kredit foto: FB Munir Mohd


Tatkala masyarakat sering membangkitkan keluhan terhadap mutu perkhidmatan pos tidak ramai yang mengambil tahu masalah yang dihadapi posmen ketika mereka bertugas sama ada di dalam pejabat, jalan raya, sungai dan halaman rumah penduduk. 

Kejadian posmen dikejar oleh anjing ketika menyerahkan surat atau bungkusan di rumah kediaman adalah cerita biasa yang pernah didengar oleh masyarakat. 

Bagaimanapun, agak jarang yang mendengar cerita  sekor anjing yang begitu jinak, malah mengambil sendiri surat daripada seorang posmen yang datang menyerahkan item pos di rumah tuannya

Posmen Munir Mohd menarik perhatian netizen kerana berjinak dengan anjing


Kisah benar itu dialami sendiri oleh seorang posmen yang dikenali sebagai Munir Mohd yang bertugas di Pejabat Pos Lenggong, Perak

Malah, Munir turut berkongsi pengalaman kisah anjing yang mengambil surat daripadanya menerusi rakaman video anjing jinak itu yang ditularkan dalam laman Facebook miliknya.

Tular dalam media sosial kisah Munir Mohd menyerahkan surat kepada sekor anjing di Lenggong, Perak


Kisah menarik dan luar biasa itu mungkin disebabkan Munir terlalu lama bertugas di kawasan penyerahannya menyebabkan anjing berkenaan mengenali beliau kerana sering datang ke rumah tuannya untuk menghantar surat.

"Selamat Pagi Gais....mmg jinak dh 4 tahun knl...hahahah....tugas dye mmg ambil surat..." begitulah coretan daripada Munir Mohd dalam Facebooknya tiga hari lepas tentang kisah seekor anjing yang begitu jinak dan mengambil surat daripada seorang abam posmen. 

Anjing garang sering menggangu tugas posmen menyerahkan surat.Gambar hiasan


Bukan sekali Munir berkongsi video anjing yang jinak itu dalam laman Facebooknya. 

Tetapi banyak kali malah ada sekali, anjing itu menunggu kehadiran abam Posmen bersama dengan tuan rumahnya. Bagus sungguhlah. 

 Munir Mohd


Tidak seperti 'rakan-rakan'nya yang lain yang sebelum ini, kita selalu lihat video anjing sama ada mengejar dan bertindak agresif terhadap abam-abam posmen.

Tetapi anjing ini begitu jinak sekali!!! 

Seolah faham dan tahu, posmen yang datang hanya ingin menyampaikan surat, anjing itu terus mengambil surat itu daripada posmen dan berlalu pergi.  

Mungkin kerana sudah empat tahun lebih mengenali Munir menyebabkan anjing tersebut jinak dan tidak bertindak agresif terhadapnya. 

Semua abam posmen kena berguru dengan Munir ni! Apa ilmu dia gunakan hingga anjing itu menjadi jinak dengannya. - KitaReporters

2
2
0
0
0

Copy Link: