Orang lidi sering kali digunakan untuk menakutkan haiwan-haiwan yang ingin memakan atau menghancurkan hasil tanaman kita. 

Namun berbeza dengan video yang dilihat tular dalam Tiktok ini. Pemilik kebun ini menggunakan pokok pisang dengan memakaikannya baju putih seperti pocong yang dilihat sangat seram.

Dari video ini boleh dilihat kebun yang dipenuhi pokok pisang itu diletakkan beberapa orang-orangan yang dipakaikan telekung berwarna putih di pelbagai posisi.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan hantu



Dari jauh tengok dan macam di kampung bunian. Seram sangat!

Menurut perakam video, tuan tanah meletakkan orang-orangan bertema mistik ini adalah untuk menakutkan orang yang mencuri pisang di kebunnya.

Warga maya pula yang melihat video ini juga berasa sangat seram dan takut. Mahu taknya semua dipakaikan serba putih.

Mungkin, kalau kita lalu kawasan ini, seram sejuk sangat. - KitaReporters




17
5
0
14
0

Copy Link: